Nuffnang

Sunday, December 19, 2010

JAKIM PANTAU SEKS SONGSANG

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang, termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.
Beliau berkata, kegiatan tidak sihat itu perlu dipantau dan diambil tindakan tegas kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan dikhuatiri ramai yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh.

Kita mahu kegiatan itu dipantau rapi oleh pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya diambil bagi membendung ia daripada berleluasa kerana ia boleh menjejaskan imej agama Islam," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Antarabangsa HR Marketing dan Jom Cegah Dadah di sini, semalam.

HR Marketing adalah syarikat jualan langsung terbesar milik Bumiputera di utara Semenanjung dan mengeluarkan pelbagai produk pengguna serta kosmetik berasaskan susu kambing.

Jamil Khir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang lelaki yang mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 32 membuat pendedahan berani melalui blognya bahawa dia seorang gay.

Lelaki terbabit yang memperkenalkan dirinya sebagai Azwan Ismail dan bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis dalam pengakuannya melalui laman web `Youtube' mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain.
Dalam video klip pengakuannya sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan.

Pengakuan lelaki itu turut boleh dilawati melalui pautan laman sesawang ‘ohbulan' yang turut menyebut jurutera itu terpilih sebagai seorang daripada peserta kem-pen Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan pergerakan It's Get Better Project.

Keberanian lelaki itu membuat pengakuan terbuka turut mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai yang turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan itu yang melanggar norma manusia dan ajaran Islam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, kerajaan juga sedang memantau kegiatan pihak tertentu yang mempromosikan fahaman pluralisme dalam agama kerana ia boleh menjejaskan akidah seseorang.

Komen orang ramai tentang Mamat kat atas :

Dean :
Bertaubatlah wahai hamba ALLAH..Masih byk perempuan di Malaysia yg cantik2 belaka..Kenapa pilih nk jadi gay jugak...?Orang ni dah tak ingat Allah lagi,bertaubatlah menuju ke pangkal yg benar.

Az :
Ya Allah. Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk bertaubat. sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas segala-galanya. Janganlah Engkau biarkan dia hidup dalam kegelapan dan janganlah Engkau mencabut nyawanya dalam keadaan terhina. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Eman :
manusia zaman skrg ni dah tak tahu berfikir sebenarnya... ntah aperlah akan jadi, dunia dah nak kiamat kot.

NoName :
nak kena rejam atau tembak manusia macam ni . perosak akhlak dan negara.

Fazil :
Memang berani dia ni tapi tak cukup berani.Dia hanya akan dianggap cukup berani jika dia berani bertaubat pd ALLAH

Ejam :
kenape nak menjatuh kan islam..knape nk buat cmtu...manusia dilahirkn dan dicipta berpasangan...ada otak guna la ckit oii...knape la nk jd gay..kerana setitik nila rosak susu sebelanga...bertaubat la kamu sebelum kamu di taubatkan...ingat la dosa dan pahala.

Saye :
stuju dgn nik nasrul...buat hukum hudud kan senang..undang2 manusia bukannye power sgt.

Njah50 :
Subhanallah! Apa nak jadi dengan pengakuan sebigini dari seorang Melayu yang semestinya beragama Islam. Ia menzahirkan perasaannya menggunakkan hukum akalnya sahaja. Orang ini membaca Alquran ke tidak? Orang ini mendirikan solat ke tidak? Kesihan kedua orang tuanya yang telah menyebabkan ia berada di dunia ini. Pihak yang berwajib perlu memastikan perkara ini tidak menular kepada remaja-remaja Islam. Hentikan perbuatan yang terkutuk ini, sebelum mendatangkan kemurkaan Allah swt. Bertaubatlah Azwan, kembalilah ke pangkal jalan. Janji Allah itu benar

Ana Zulkifli :
tak sokong dengan cara hidup kamu, dan tak sokong dengan pendedahan berani kamu! bertaubatlah... ingat Allah MAHA BERKUASA. jangan diikutkan nafsu syaitan. kembali ke pangkal jalan.

Syahrul :
Saya dapati ramai golongan gay ni mempromosikan urut "lelaki untuk lelaki" di sekitar negeri pulau pinang. Saya berpendapat mereka berani berbuat demikian kerana golongan ini yakin tidak akan diserbu oleh pihak berkuasa kerana menyediakan perkhidmatan urut sesama jantina. Minta pihak berkuasa pantau iklan-iklan yang berada di jalanan yang menawarkan perniagaan urut lelaki untuk lelaki di sekitar Pulau Pinang.

Ralf Easy :
syarikat mana la yg employ engineer gini gamaknya yer? transformasi gaya hidup dia ni mengundang murka Allah. Tak nak pula kena panah petir dalam dok mengulas itu dan ini tu yer? reti pulak ulas soal faktor agama! semoga Allah melindungi hambanya yg bertakwa.

Sumber : Bharian

No comments:

Post a Comment