Mencungkil kisah di sebalik penjelmaan ruang yang begitu elegan dan harmoni jelmaannya bersama si pemilik kediaman semi D, Nasran Johari dan Fadzlyn Md Saleh. Siapa sangka semua koleksi barangan dan perabot dibeli semasa jualan mega beberapa tahun yang lalu. Ia tidak terbatas kepada penataan ruangan utama malah turut menyerikan penjelmaan ruang dapur.
“Boleh dikatakan kesemua barangan, perkakasan, perabot dan sebagainya yang ada di dalam kediaman ini dibeli semasa jualan mega. Mungkin ada yang kurang percaya, namun itulah hakikatnya. Sebut sahaja di mana ada jualan mega untuk produk berjenama sepanjang tahun 2007, pasti saya kunjungi. Ia tidak terhad di kawasan Lembah Klang sahaja malah merata tempat saya mencari.
Menariknya juga pembinaan kabinet dapur turut saya peroleh daripada promosi jualan yang diadakan oleh Signature Kitchen. Tawaran harga yang diberikan cukup istimewa dan saya berasa puas hati serta gembira memiliki semuanya ini dengan harga yang murah. Ini secara tidak langsung dapat memberi lebih nilai kepada wang dan kos pemilikan barangan keperluan untuk melengkapkan fasiliti di kediaman baru dapat dijimatkan dalam julat skala yang besar,” jelas Fadzlyn jujur.
Kata-kata Fadzlyn itu ada benarnya kerana barangan berkualiti tentu sahaja bernilai agak mahal daripada jenama biasa. Namun apabila dimiliki ketika promosi jualan tentu sahaja harga yang ditawarkan akan memberi nilaian berganda kepada pengguna. Pun begitu, proses pengumpulan barangan jualan murah yang dilakukan si pemilik bukanlah kerja yang dapat dilaksanakan dalam sehari. Ianya memerlukan kesabaran dan tempoh yang agak lama untuk mencari dan mengumpul produk yang terbaik agar secocok dengan tema kediaman yang akan direncanakan.
“Hampir setahun saya dan suami mengumpul barang keperluan untuk mendiami kediaman baru ini. Kami sabar menanti bila tiba masa jualan promosi dan barulah membeli. Itu pun beli barangan yang telah dirancang keperluan dan perletakkannya di dalam rumah ini. Semuanya kami lakukan dengan perancangan yang rapi. Saya dan suami tidak mahu pembaziran dengan membeli barangan yang tidak diperlukan,” ujar Fadzlyn.
Sumber : Dapur Impiana

wirklich eine gute Taktik zu arbeiten.
ReplyDeletegute Informationen
CT homes for sale