Nuffnang

Thursday, December 16, 2010

LAKUKAN PERAWATAN LASER KULIT SIHAT KEKAL REMAJA


Semakin lama, semakin banyak kaedah perawatan kulit wajah diwujudkan. Semuanya dek kerana tuntutan kaum wanita yang mementingkan kecantikan. Sejenis kaedah yang turut digunakan dalam bidang kecantikan adalah perawatan laser. Kaedah ini telah mula diperkenalkan sejak akhir 1950-an secara meluas di negara-negara Eropah dan Amerika. Ia kemudiannya dibawa ke negara lain dan dipermodenkan mengikut aliran zaman.

Perawatan mencantikkan kulit muka dengan laser kini dibawa ke Malaysia. Walaupun telah lama juga ia diperkenalkan, namun masih ramai lagi dalam kalangan kita yang kurang tahu tentang kaedah ini. Artikel Kecantikan kali ini ingin membawa para pembaca mengenali kaedah perawatan menggunakan laser dengan lebih dekat. Teruskan bacaan anda untuk pelbagai info menarik!

Wah! Banyak gunanya…

Teknologi laser yang digunakan dalam bidang kecantikan terbahagi kepada dua jenis iaitu kaedah laser berteknologi tinggi dan kaedah laser berteknologi rendah. Fungsinya juga berbeza antara satu sama lain. Untuk pengetahuan anda, penggunaan teknologi berkuasa tinggi adalah bertujuan untuk membuang saraf yang rosak atau sakit tanpa mengganggu saraf normal. Kaedah ini dipraktikkan dalam pembedahan. Kaedah perawatan menggunakan laser berteknologi rendah pula merangsang bahagian tubuh tertentu supaya berfungsi secara optimum. Kaedah rawatan jenis 'bio-stimulating' diperkenalkan untuk mencantikkan wajah dan tubuh seseorang wanita. Bagusnya rawatan jenis ini adalah kerana ia memberikan tenaga baru kepada tubuh dan membantu untuk mencantikkan kulit. Paling menarik, ia bertindak untuk membuang LEMAK berlebihan! Dalam kaedah ini, terapi menggunakan sinaran laser berkuasa rendah digunakan untuk memberi stimulasi kepada tubuh agar ia memberi keseimbangan dan meningkatkan metabolisme tubuh tanpa sebarang kesan sampingan.

Bagi proses keremajaan kulit, ia bertindak apabila kepanasan laser akan merangsang kolagen. Kolagen merupakan jaringan ruang mengisi kulit. Peranannya penting kerana ia bertindak untuk melentur serta menganjalkan kulit wajah. Penggunaan laser baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ingin diingatkan, jika anda berniat untuk menjalani perawatan ini, maka berkunjunglah ke pusat kecantikan atau klinik kecantikan yang diperakui. Rawatan laser memerlukan doktor atau pakar untuk menjalankan prosedurnya ke atas anda. Anda harus tahu, kaedah perawatan laser untuk kesihatan dan kecantikan adalah berbeza sama sekali.

Tidak Berbahaya :

Kaedah perawatan menggunakan laser di pusat kecantikan tidak berbahaya kerana ia hanya melibatkan lapisan epidermis iaitu kulit di bahagian atas. Ia tidak akan menembusi lapisan kulit paling dalam. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, memerlukan anda untuk menjalani rawatan sebanyak empat kali (minimum). Perawatan laser untuk tujuan kecantikan akan dipadukan bersama krim mengikut kesesuaian tujuannya. Contoh paling mudah, jika anda mengunjungi pusat kecantikan untuk melangsingkan bahagian tubuh tertentu, krim yang akan digunakan adalah krim penghancur lemak. Kepanasan haba laser akan memudahkan krim untuk diserap oleh kulit dalam perawatan ini.

Sumber : Rapi

No comments:

Post a Comment