Nuffnang

Tuesday, December 21, 2010

NO PLASTIK !

Adalah beberapa minggu yang lepas kita pergi sebuah supermarket dan secara kebetulan hari sabtu merupakan hari tanpa plastik.

Kita tak banyak sangatlah membeli lagi pun pergi 2 orang so tak ada masalah rasanya. Masa kita beratur untuk membayar di hadapan kita ada seorang lelaki separuh usia membeli daging frozen, bukan sikit adalah dalam 8-10 bungkus.

Budak cashier tu scan barkod terus mintak duit. Lelaki tu terus bayar. Bila dah selesai dia pun tunggu, pada sangkaan kita dia mesti tunggu cashier masukkan segala daging dalam plastik.

Cashier pun kata 'next' bermaksud giliran kita. Tiba-tiba lelaki tu kata ' ni daging saya tak settle lagi'. Kita pun senyum kambing tengok lelaki tu dengan huru haranya nak bawak daging sejuk yang banyak...hahaha. Cian!

Cashier tu bagi dia bakul, dia pun isi dalam bakul dengan muka boring...hehehe. Bila sampai escalator pak guard tahan dia, tak benarkan bawak bakul turun bawah...hahaha. Kita tengok pun memang malang sungguh lelaki tu. Kira macam 'malang day' untuk dia hari tu...hehehe

Kita pun turun dan tinggalkan lelaki malang tu.

Moral yang kita dapat, barulah berkesan kempen alam sekitar dan pastikan masuk supermarket bawa beg plastik dan whateverlah untuk persediaan. apa susah lipat2 simpan dalam handbag ya kak Kiah.

4 comments:

  1. kita bawak sopink bag kak ct. kt selangor dh lama praktis benda nih. hehe ..

    ReplyDelete
  2. betul2 kak. kalau terus dikuatkuasakan mcm ni, mungkin dalam beberapa tahun akan datang beg plastik akan semakin kurang digunakan. saya pun ada banyak shopping bag kat rumah sekarang. hihi

    ReplyDelete
  3. Ella : kat JB ni nampaknya adalah dlm 4-5 bulan...tp yg sesekali tu...tambah kalu lelaki manalah nak kepit beg mcm kita...hahaha

    ReplyDelete
  4. gadisBunga : Akak ada suka dan tidak. Sukanya alam bersih tanpa pcemaran tapi tak sukanya bila lupa nak bwk beg...penuh tangan...hihi

    ReplyDelete