Nuffnang

Friday, March 11, 2011

PERCUTIAN BATAM, INDONESIA 1


Inilah jeti, Batam, Indonesia


Suasana dalam bot


Selisih feri lain, sempat snap lagi :)


Feri selamat mendarat di jeti


Feri dari negara Singapura

Seperti yang kita dah janjikan pada rakan blogger tentang percutian kita di Indonesia. Kali ini pada tarikh 3 Mac 2011 kita bangun seawal jam 5.15pg. Beg pakaian telah kami siapkan sebelah malam. Sebelah pagi kami hanya menyiapkan diri serta solat subuh terus bertolak ke jeti feri, Stulang Laut yang terletak bersebelahan zon bebas cukai.

Kami di maklumkan dengan penjual tiket seminggu sebelum berangkat supaya membeli tiket pada hari hendak bertolak. Kalau ikut perancangan kami nak bertolak trip pertama bermakna jam 7.30pg. Tapi incik asben ajak breakfast di Stulang laut terlebih dahulu. Glupp! glupp! macam ular sawa kita telan kue teow pagi tu. Serba nak cepat...hahaha

Bila selesai bersarapan terus ke bangunan jeti feri, dia maklumkan feri 1st trip dah berlepas...huhuhu. Kami kena masuk feri awal 15min sebelum bertolak. Sama-sama pandang terus gelak. Tak kisahlah yang penting lagi 1 jam feri ada lagi. Kami beli tiket jam 8.30pg.

Terus buat pemeriksaan beg di imigresen dan cop passport terus bertolak masuk balai berlepas. Jam 8.15pg semua penumpang di arahkan masuk feri. Feri ini agak baik kalau di bandingkan ke Langkawi. Ya ampun pak! hahaha

Wah! penumpang di benarkan naik tingkat atas feri. Huh! Perasaannya macam cite industan..hahaha. Bukanlah, seronok dapat tengok pemandangan luar. Baru tahu indahnya bumi ciptaan Allah bila kita berada di atas air. Alhamdulilah. Dapat tengok pulau, nelayan, kapal-kapal seluruh dunia, kehijauan pokok-pokok, burung-burung, ikan melompat, pelabuhan juga pembangunan negara Singapura.

Perjalanan memakan masa dalam 1.30-2jam untuk sampai ke Batam, Indonesia. Kejapkan? Belum panas duduk berbual dengan incik asben kami dah sampai. Terus masuk imigresen Indonesia. Huh! Agak lambat sedikit proses pemeriksaan passport Indonesia memandangkan pelancong ramai yang masuk pagi itu.

Secara kebetulan kami sampai serentak dengan feri dari Pasir Gudang dan Singapura. Tak boleh kita bayangkan kalau sabtu dan ahad. Kita pergi hari khamis pun dah sesak dengan pelancong. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan.


Kita travel tanpa guide mana-mana travel company...hehehe. Incik asben takut-takut dia lebih percaya dengan kita. Pengiraan matawang pun dia serahkan kita 100%. Kehulu-hilir kita calculate dulu kalau nak beli barang sebab tak mahu sampai tertipu.

2 comments:

  1. Wah bestnya... ingat nak ke sana juga satu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. Mie : Mmg best banget ya pak...:)

    ReplyDelete