Nuffnang

Wednesday, April 6, 2011

KISMIS


Hasrat ke Pejabat Pos Malaysia semalam terpaksa kita batalkan kerana penuh dengan pelanggan yang berbaris panjang. Pagi ini jam 8.45pg kita dah berdiri bagi membuat bayaran wang pos untuk urusan peribadi.

Selesai urusan terus kita sms incik asben, dia datang ke kereta dan kami terus pergi breakfast. Selesai breakfast kita hulur RM5.00 pada incik asben cakap nak beli kismis. Dia belikan kita 3 kotak kismis Al Amin.

Sejak kebelakangan ini kita memang mengamalkan pengambilan makan kismis. Banyak fadilat yang kita dapat dengan makan kismis, begitu juga dengan anak-anak.

Semua orang tahu selain mengikut sunnah nabi SAW, ianya dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf, menghilangkan letih, menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.

Bagi kita pengambilan makanan yang baik dan berkhasiat melahirkan kesihatan dan jiwa yang sihat. Insyallah.

No comments:

Post a Comment