Nuffnang

Sunday, April 3, 2011

MALEK NOOR KELUAR ICU

Selepas tiga hari ‘ditahan’ di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pantai Ipoh (HPI) akibat serangan jantung pada malam Rabu lalu, bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor dipindahkan ke wad biasa, petang semalam.

Keadaan kesihatannya kini kembali stabil, namun doktor menasihatkannya supaya tidak banyak bergerak dan lebih banyak berehat.


Malek diserang sakit jantung selepas lima minit sepak mula perlawanan bola sempena Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak, di sini, sebelum dikejarkan ke HPI untuk menerima rawatan kecemasan.

Adik bongsu Malek, Mohd Salleh Mohd Noor, 49, ketika dihubungi semalam, berkata abangnya kini dipindahkan dari wad ICU ke wad biasa hospital sama kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas dia (Malek) menunjukkan reaksi positif terhadap ubat dan rawatan yang diberi.

Bagaimanapun, katanya, doktor menasihatkan dia (Malek) tidak banyak bergerak dan berehat sepenuhnya bagi membolehkan kesihatan pulih seperti biasa.

“Doktor memantau keadaannya dan sejak semalam (kelmarin), dia boleh bercakap dan duduk. Namun, masih kelihatan lemah.

“Jika tiada aral melintang, dia akan dibenarkan keluar dari wad esok (hari ini) atau Isnin,” katanya.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment