Kita ni tengah kemaruk nak mencuba resepi Trifle. Dari malam tadi dok membelek rupa trifle...hehehe. Macam sedap je, berkrim gitu. Gomox ooiii! kata nak kuwuzz...hehehe
Ingat sabtu ni kita nak buat trifle, resepi dah siap copy rite je. Senang hidup kak! hehehe.
Ingat sabtu ni kita nak buat trifle, resepi dah siap copy rite je. Senang hidup kak! hehehe.
Puding Trifle
Bahan-Bahan
kek swiss roll - saya guna perisa pandan sebab tak jumpa yang lain boleh gak guna kek span dll.
1 tin buah-buahan campuran
1 tin susu cair
1 peket jelly cristal tak kisah perisa ape
4 sudu besar tepung kastard
sedikit esen vanila
7 sudu gula pasir
1 tin air-sukat guna tin susu
whipping cream atau yogurt or aiskrim vanila ke ape tak kisahla kan
Cara-caranya :
Lapisan pertama
Potong swiss roll anggaran 1.5cm pastu susun dalam bekas seeloknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya tapi saya guna bekas loyang biasa je.Pastu renjiskan sirap/air dari buah-buahan campuran biar kek tu lembab. (asingkan buah dan sirapnya)
- Tabur sedikit buah-buahan campuran tadi.
Lapisan kedua
Campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula kedalam periuk dan masak diatas api sementara tu bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air. Bila agak mendidih masukkan bancuhan tepung kastard tadi kacau dan terus kacau sampai nampak likat dan tidak berketul jangan lupe sebelum tu masukkan esen vanila. Kemudian angkat dan tuangkan keatas lapisan yang pertama tadi, taburkan lagi buah-buahan campuran tadi.
Lapisan ketiga
Masak jelly kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi. Bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan ke atas lapisan buah tadi. Bila dah beku bolehla nak letak whipping cream ke atau yogurt .
Saya guna agar-agar serbuk yang pek 20gm tu tapi saya rasa lagi elok guna jelly cristal. Untuk sukatan bahan diatas boleh muat tuk bekas saiz 7/8 x 10 tapi saya guna loyang bulat yang saiz kecil biasa takpa kalau berlebihan boleh letak dalam mangkuk ABC tu lagi senang nak makan. Selamat mencuba.
terima kasih dengan resepi ni... teringin nak cuba... saya memang suka makan.
ReplyDeleteroslaini saad : sama2 kasih...hihi...try ya..mudah tu nak buat :)
ReplyDeleteadoiiii terliur pulak...
ReplyDeleteAnn Ishak : Jom rasa
ReplyDeletesalam akak...nk tnyer akak guna whipping cream jenama ape....sbb sebelum ni saya ader guna whipping cream tp x menjadi....
ReplyDelete