Nuffnang

Friday, June 17, 2011

BURUH BERISTERI 4 DI PENJARA 18 TAHUN, 3 SEBATAN

Nafsu apalah ni agaknya? Ermm..nafsu mengawal dirinya. Tidak takut dengan azab Allah agaknya. Cuba kita baca berita di bawah.

Walaupun telah beristeri empat, seorang buruh masih tidak dapat mengawal nafsu serakahnya apabila tergamak memperkosa anak jiran yang berusia 11 tahun di dalam semak selepas menjemputnya pulang dari sekolah, hujung bulan lalu.

Akibat perbuatannya itu, Erwan Hairuddin, 45, yang mengaku bersalah atas tuduhan rogol, hari ini menerima pembalasan apabila dihukum penjara 18 tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman berat itu terhadap Erwan setelah menyifatkan tertuduh sebagai berbahaya kepada masyarakat.

``Selepas dirogol, mangsa diberi duit supaya tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai kejadian tersebut. Tertuduh tidak layak diberi hukuman bagi tempoh pendek kerana berbahaya kepada masyarakat.

``Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan sebatan tiga kali atas kesalahan itu. Kalau tidak berpuas hati dengan keputusan ini, boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dalam masa 10 hari,’’ tegas beliau.

Erwan mengaku melakukan kesalahan tersebut terhadap anak jirannya di dalam semak berhampiran jambatan di Kampung Sri Damai di sini kira-kira pukul 1.30 petang, 26 Mei lalu selepas mengambil mangsa dari sekolahnya menggunakan motosikal.

Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu, ketika diberi peluang mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Erwan memohon hukuman ringan kerana terpaksa menanggung empat isteri dan 15 orang anak.

Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar yang mengendalikan pendakwaan pula memohon hukuman setimpal dikenakan kerana biarpun tertuduh mempunyai empat isteri tetapi masih menjadikan kanak-kanak sebagai tempat melepaskan nafsunya.

Sumber : Utusan

2 comments:

  1. MMG PATUT DIA KENA HUKUM, KAN KAK.

    ReplyDelete
  2. kakchik@ella : aah! kan...kan...kan...biar dia kena hukuman....

    ReplyDelete