Nuffnang

Friday, July 22, 2011

AMBUYAT


Pernah makan ambuyat? Really kita belum pernah merasa dan memang teringin sangat nak makan. Kalau dengar nama ambuyat memang pelik tapi bagi orang Sabah, ia makanan yang sungguh menyelerakan kata orang Sabahlah ya.

Cara membuat ambuyat ni senang saja iaitu dengan menggunakan tepung sagu. Tapi tepung sagu ni bukan tepung sagu yang biasa, ia menggunakan tepung sagu rumbia kerana dibuat dari pokok rumbia. Tepung sagu rumbia digaul bersama air panas yang mendidih hingga menjadi kental dan kembang. Seperti fungsi nasi, ambuyat mampu membuatkan kita kenyang. Namun, mesti makan dengan lauk sebab rasanya tawar.

Di hidangkan bersama-sama dengan kuah asam pedas, kangkung masak belacan dan satu lagi jeruk kucai berbentuk bulat dan masam. Memang sangat sedap terutama bila dijamah beramai-ramai dan harus menggunakan chopsticks dan boleh ditelan terus tanpa mengunyahnya. Oooo...itu macam orang tak ada gigi ya...huhuhu

Pendek kata, kalau datang ke sabah rugi rasanya tak cuba merasa ambuyat yang merupakan makanan tradisional orang Sabah. Apa salahnya meneroka sesuatu yang baru.

No comments:

Post a Comment