Nuffnang

Monday, July 11, 2011

BELAJAR UNTUK BERTENANG

Macammana nak mendidik orang yang suka mendesak-desak kalau melakukan kerja. Bukan membenci, jauh sekali tapi rasanya ramai yang sudah terkena dan kurang selesa dengan hamba Allah ini.

Kalau buat sesuatu arahan mendesak-desak. Tak salah nak buat arahan, memang dah nama pun kerja ada saling tegur menegur dan sebagainya tapi kena ada caranya. Lainlah orang yang di arahkannya duduk senang lenang dan tidak mengikut arahan.

Kita jenis pegang pada janji, kalau kita cakap hari isnin mesti kita buat tapi taklah tepat jam 8.00pg terus buat, ada kerja-kerja hakiki yang lebih urgent perlu di laksanakan terlebih dahulu. Orang pun boleh nampak kita slide pukul berapa dan melakukan tugas seawal jam berapa dan hari isnin dengan ada taklimatnya. Sepatutnya dia boleh memahami.

Kita lebih selesa berkerja dalam keadaan gembira bukannya dalam rasa tertekan. Bagi kita apa jua dalam tindakan dan untuk melakukan tugas perlu tahu situasi keadaan bukannya mendesak-desak.

Apa yang boleh kita cakap dari luahan hati kita, kita doakan moga hamba Allah ini berubah sikap. Mungkin kena pada kita, kita boleh duduk diam, kalau kena dengan orang yang panas baran tak tahu kita nak kata.

Moga insiden pagi semalam tidak berulang lagi. Dalam mengejar ilmu dan pengalaman kita perlu ada perhubungan sesama manusia yang telus dengan setiap individu. Setiap kerja yang kita lakukan sentiasa berkait rapat jadinya bersikap tenang dan bukannya mendesak-desak.

Minta maaflah kalau ada yang termakan cili sure terasa pedasnya tapi inilah luahan hati kita. Belajarlah untuk mendewasakan diri, menimba pengalaman dan pelbagai lagi sebab perjalanan hidup masih panjang.

No comments:

Post a Comment