Berat nak menaip entri tentang Nadim tapi kita kuatkan juga. Sedih, dialah pembuka pintu hati untuk kita mendekatkan diri dengan kucing. Kita tidak akan buang memori indah bersama Nadim walaupun hanya berkesempatan bersama Nadim 2 bulan.
Kita dah agak Nadim akan tinggalkan kita buat selamanya, kalau diperhatikan dari kesakitan yang dialami. Kesian tengok nafas dia yang tercungap-cungap. Pelbagai cara kita buat demi Nadim.
Akhirnya Nadim pergi juga pada sabtu, 2 Julai 2011 jam 5.30ptg dan ketika itu kita berada di Singapore. Masa terima sms mengatakan Nadim telah pergi buat selamanya, ketika itu kita berada dalam studio Hollywood. Menitis airmata kita, kita dah tak fokus dalam studio. Pikiran dah melayang-layang ingat rumah pikirkan Nadim.
Sampai UTM, kita makan dulu dengan incik asben. Kita nangis depan makanan...huhuhu. Apa mak kisah, pedulilah orang tengok bukan kita meraung kuat pun....hehehe.
Nadim buat kita terhibur, rindu kita dengan aktiviti setiap pagi. Sebelum ke pejabat Nadim minta makan, belai-belai dia dulu. Kalau balik dia dah tunggu kita tapi sekarang dah tak ada semua tu. Sedih!
Alhamdulilah, kalau ikutkan tak nak cari penganti Nadim terlalu awal, kita merasakan Nadim sedih agaknya namun anak-anak kuat suruh cari penganti Nadim yang baru. Kita beli Betty dan Brondon sepasang Parsian lagi. Budak kecit ni masih terlalu kecil so keletahnya memang nakal, cukup menyeronokkan.
Apapun Nadim tetap dalam kenangan kita sampai bila-bila. Miss u Nadim!
No comments:
Post a Comment