Sudah pasti, seharusnya kita berbangga dengan pencapaian UTM. Jom baca beritanya dibawah.
Dalam era perkembangan teknologi yang semakin pesat ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak ketinggalan menggunakan medium laman sosial, Facebook sebagai wadah untuk mendapatkan maklum balas berkaitan perkhidmatan universiti.
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim berkata, kajian yang dilakukan oleh sebuah portal statistik media sosial terbesar di dunia,SocialBarkers.com terhadap pengguna laman Facebook mendapati UTM menjadi institusi pengajian tinggi paling disukai di negara ini.
Beliau berkata, analisis yang dilakukan oleh portal berkenaan terhadap 5,499 akaun Facebook institusi pengajian tinggi di seluruh dunia mendapati UTM menduduki tempat ketiga di Asia dan ke-57 di dunia.
"Kajian berkenaan juga menunjukkan bilangan pengguna laman web sosial yang menyukai Facebook UTM meningkat 2,068 dalam tempoh sebulan yang lalu kepada 46,003 orang.
"Facebook kini menjadi pilihan utama organisasi di seluruh dunia untuk menyalurkan pelbagai maklumat dan aktiviti secara terus tanpa melalui pihak ketiga," katanya ketika berucap sempena majlis Berbuka Puasa UTM bersama Pegawai Kanan dan Media di sini, baru-baru ini.
Baru-baru ini, laman web UTM menduduki tempat pertama paling popular antara IPT di Malaysia tahun ini berdasarkan penarafan yang dibuat oleh 4icu.org berasaskan satu algoritma yang terdiri daripada tiga web bebas iaitu page rank, traffic rank dan total link population.
Penarafan tersebut menunjukkan secara tidak langsung Internet menjadi sumber penting kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai sesebuah universiti.
UTM turut menduduki tempat keenam di Asia Tenggara dan ke-47 di Asia berdasarkan penarafan yang dibuat ke atas 10,200 universiti dan kolej di 200 buah negara.
Beliau berkata, teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan maklumat atau berita disalurkan ke seluruh pelosok dunia dalam hanya beberapa saat sahaja.
"Penggunaan laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter sangat membantu dalam menyaring idea bernas yang inovatif dan kreatif bagi dilaksanakan oleh pihak universiti," katanya.

No comments:
Post a Comment