Nuffnang

Wednesday, February 29, 2012

BATU LAYAR






Batu Layar? Wah! Batu boleh belayar ke? Ehh, tidak2 ya. Nama sebuah tempat peranginan yang di panggil Batu Layar. Batu Layar nih terletak berdekatan dengan Desaru dan Bandar Penawar, dimana terletak 70km dari Kota Tinggi.

Bestnya pantai ini sunyi dan tidak ramai orang sangat berbanding pantai2 terkenal seperti Desaru dan Tanjung Balau. Pantainya yang lebih luas dan landai, kini banyak event2 gempak berlangsung di sini.









Uniknya Batu Layar terdapat beberapa batu besar yang tegak di tepi pantai seolah2 seperti layar kapal dan dari situlah wujudnya nama Batu Layar. Di kawasan situ juga terdapat komuniti Melayu yang kecil dengan suasa kampung yang indah permai.

Bestnya kat Batu Layar ni sebab banyak batu-batu, air pun tak dalam sangat. Kalau budak-budak kecik nak mandi tu taklah bahaya sangat tapi kalau kita memang tak izin anak2 untuk mandi. Bimbang ko! Biar dorang tak mandi, setakat celup-celup kaki jerk..hehehe







Terdapat penginapan yang selesa untuk disewa, Batu Layar Beach Resort yang menawarkan pakej yang berpatutan juga terdapat tempat makan, kedai kecil, surau dan dewan.

Makanan laut juga mudah didapati di sana mengikut selera masing2, biasanya masakan panas di jual oleh peniaga yang menjual secara kecil2an. Kebanyakkan yang berkunjung kesitu adalah warga Singapura. Mereka menghabiskan hujung minggu di situ untuk merehatkan diri bersama keluarga.



No comments:

Post a Comment