Nuffnang

Wednesday, February 15, 2012

KERJA PUN IBADAT?



Malu rasanya hendak menaip tajuk entri yang sebegini, dengan ceteknya ilmu pengetahuan dan dalam diri kita ini banyak perlu diperbaiki. Ya betul! Tapi apa salahnya kita berkongsi untuk kebaikan bersama dan betulkan keadaan.

Meh sini kita cerita, boleh jadi super woman juga aku nih. Huahuahua! Perasannya. Jadi super mommy pun dah kira baik...hahaha.





Sekarang nih orang yang gaji riban2 selalu mengeluh tak cukup. Hebat2...hehehe. Kenapa sampai cengitu? Masalahnya kadang2 yang hidup bujang pun tak cukup dengan gaji beribu-ribu setiap bulan?

Bagi yang bekerja dengan gaji biasa-biasa je, macam kita nih makan pagi kais pagi dan makan petang kais petang....huhuhuh. Tak payah layan sangatlah, biasa2 je. Tak rugi apa-apa pun, jangan jadikan kehendak sebagai keperluan. Nanti hidup jadi tak tentu hala. Hope dijauhkan!





Seluruh kehidupan kita sepatutnya merupakan satu ibadat. Ia fitrah atas sebab kenapa manusia dicipta oleh Allah, untuk beramal ibadat kepadaNya. Kadang2 kita terlupa berkerja seharian itu juga ibadah.

Ia akan memberi kesan besar kepada kehidupan seharian manusia dan akan membentuk peribadi yang berbeza, insyaAllah. Pekerjaan kita adalah satu ibadah dan jika kena caranya, yang jelas berkaitan sesuatu kerja yang boleh dikategorikan sebagai ibadat. Ceh! Dah macam pakar motivasilah pulak kita...huhuhu




Nilai-nilai yang baik seperti menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan, kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berkhidmat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat serta nikmat mencipta hendaklah sentiasa tersemat dalam hati sanubari.

Ingatlah kerja ikhlas yang dilakukan semata-mata untuk mencari rezeki halal menjadi penyebab kepada keberkatan hidup. Mungkin gaji yang diperoleh sedikit tetapi jika diberkati, pasti akan mencukupi. Sedarlah juga setiap wang ringgit yang diperoleh akan dipersoalkan sumber dan cara bagaimana ia dibelanjakan.

Di samping itu, perbuatan memburuk-burukkan rakan sepejabat dan saling dengki mendengki satu sama lain tidak bertepatan dengan konsep bekerja sebagai ibadah. Ini kerana selain bekerja untuk menyara kehidupan di dunia, sebagai orang Islam kita juga bekerja untuk mendapat keredaan Allah SWT di hari akhirat
.


No comments:

Post a Comment