Moga entri ini memberi sedikit panduan bersama. Alhamdulilah esok dah jumpa jumaat, bermakna penjawat awam dapat merehatkan diri selama 2 hari. Apa nak buat aktiviti agaknya?
Kita tengah memikirkan sesuatu, macam nak buat dekorasi rumah. Nak buat susunatur perabut yang sediada bertukar kedudukannya. Larat ke kita buat sorang2. Itulah masalahnya, buatlah perlahan2. Niat yang baik insyallah Allah permudahkan.
Alhamdullillah bertemu sekali lagi di alam siber dan mudah-mudahan Allah berikan keberkatan kepada kita di dalam usaha kita mendidik hati kita untuk kembali mengambil Islam sebagai cara hidup kita.
Agama kita sangat menitikberatkan tentang niat di hati dan ia menjadi kayu pengukur dalam setiap amalan yang kita dilakukan . Apa pun amal yang kita lakukan sabenarnya bergantung pada niat dan keikhlasan kita. Maka sudah sepatutnya kita melakukan sesuatu pekerjaan dan perbuatan harian dengan niat yang baik, dengan penuh redha dan lahir dari hati yang bersih, bukan sebab-sebab lain seperti menunjuk-nunjuk pada orang lain.
Walaubagaimana pun kita mesti ingat bahawa setiap amalan kita mestilah mengikut hukumnya dari segi halal, haram dan makruh yang ditetapkan oleh hukum syarak. Oleh itu kita dilarang untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan suruhan Allah SWT.
Kadang-kadang kita melakukan sesuatu amalan seperti berniat ikhlas tetapi melalui cara-cara yang tidak halal seperti membuat maksiat, mencuri, memfitnah, mengada2kan cerita, pergaulan bebas dan sebagainya.
Apa saja amalan yang di buat tanpa ikhlas kerana Allah, ia tidak akan mendapat balasan baik dan keredaan Allah SWT. Maka sia-sialah pekerjaan kita. Malah kita takut ia akan membawa kita kepada kemurkaan dan siksaan Allah SWT. Mungkin tanpa kita sedar pelbagai dugaan Allah turunkan, rumah tergadai, kenderaan seringkali rosak atau kemalangan dan macam2 lagi contoh kalau kita perhatikan. Nauzubillah.
Oleh itu sentiasalah kita mengingati diri kita ini tentang perkara paling asas iaitu mengenai urusan niat dan keikhlasan kita di dalam kita melakukan apa saja perkerjaan atau amalan kita. Jagalah tuturkata, jangan suka berbohong sesama ahli keluarga dan orang sekeliling atau menokok tambah perbualan.
Bagi kita yang bekerja makan gaji ini pun perlu sangat berhati-hati tentang niat kita. Sekiranya niat kita baik, pastikan juga segala aktiviti semasa kita bekerja di kawal mengikut acuan Allah.
Moga entri pendek ini dapat mendidik hati kita semua, sekadar ingat mengingati. Perkara yang baik perlu di kongsi bersama. Allah sentiasa menerima taubat hambaNya dengan syarat niat yang baik. Insyallah.
No comments:
Post a Comment