Nuffnang

Wednesday, February 22, 2012

PULAU TIOMAN



Wah! Bestnya kalau dapat ke sini. Tak tipu, seriously memang best. Well, biasalah selalunya bulan April dan Mei berpusu2 pelancong asing berkunjung kesini termasuklah pelancong tempatan.

Mereka nih lepak pulau, menarikkan. Bercuti sakan dan merehatkan jiwa raga...kuikuikui





Bila agaknya kita nak kesini, sapa yang penah kesini angkat tangan? Kalau pegi amik pakej mungkin lagi sempurna tapi macam tak ada privacy pulak. Pergi sendiri lagi jimat, lagi cermat, lagi nikmat...huhuhu. Kalau kita memang nak pegi sendiri no pakej2. Hokeh!
Bila agaknya kita nak kesini, sapa yang penah kesini angkat tangan?






Indah sangat pulau tuh.. Dapat kita rasakan, cukup tenang dan sangat indah. Rasa seolah2 dekat sangat dengan alam. Biarlah tanpa tv, tanpa internet dan sebagainya yang penting muziknya adalah deruan ombak pantai dan dihadapan kita terbentang luas lautan yang sangat indah. Subhanallah...





Memang dah lama sangat nak bercuti kat pulau, bila memikirkan sunburn cepat2 lupakan tapi sampai bila nak takut dengan sunburn. Sublock kan ada...wakakaka.



Takkan nak menahan perasaan sampai bila2 pun kita tak menjejakkan kaki ke pulau Tioman nanti...huhuhu. Syedihhhh woooo! Kita mesti gunakan peluang selagi badan tengah sihat, esok dah tua2 mana laratkan. Sekaranglah masanya...






Banyak yang kita beranankan kalau ada peluang bila kesana satu hari nanti. Yelah, hanya bila disana dekat dengan alam, boleh berfikir dgn tenang. Kita nak sangat tengok keindahan flora dan fauna di sana pulak sambil menyepika diri.


Dah banyak juga kita survey dalam internet tentang pulau Tioman nib. Aduyai! Semuanya menarik belaka tapi sesekali terbaca jugak cite2pelik kat situ. Arghhh! tamoo bacalah, nak baca yang baik2 je .




Ke destinasi menenangkan fikiran seperti Pulau Tioman sememangnya dinanti-nanti setiap orang untuk berehat selepas berkerja.

Tentunya peluang dan rezeki yang ada tidak mampu ditolak jika diberi peluang utuk kesana. Sehari di sana memang tidak cukup untuk meneroka keindahan pulau ini termasuk aktiviti jungle trekking da snokeling. Se elok2nya 3H2M, barulah terasa puas sedikit.




Dalam tempoh yang singkat, pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Antara aktivitinya ialah menaiki bot laju menjelajah ke sekitar pulau Tioman, menaiki banana boat, menaiki motosikal dan terjun dari jambatan di pulau ini. Boleh juga meneroka tiga pulau iaitu Renggis, Coral Island dan Marine Park untuk buat aktiviti snorkeling.


Sebenarnya, kita memang suka berkomunikasi dengan alam sekitar, memuja kebesaran Allah. Kita suka ketengana bercuti di pulau untuk menenangkan fikiran. Aktiviti yang di lakukan cukup menarik, memang mimpi menjadi nyata apabila ada rezeki untuk kesana nanti. Insyallah kita percaya dengan rezeki Allah.

Kita dipahamkan pulau Tioman memang sesuai untuk aktiviti menyelam seperti snorkeling kerana ia masih mengekalkan keindahan alam semulajadi, kecantikan pulau tidak dicemari. Sepanjang menyelam dapat melihat dari dekat ikan jerung, barracuda dan ikan pari. Wow! Bestnya, tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki kesana.

2 comments: