Nuffnang

Saturday, February 25, 2012

RABU LEPAS YANG TOUCHING




Bila duduk sorang2 nih rasa tersentuh bila mengingatkan kejadian sewaktu mengendalikan sekumpulan pelawat yang datang pada hari rabu. Bukanlah ada apa2 masalah, hokeh. Kita ada membawa sekumpulan anak-anak yatim berbangsa cina dari daerah Kota Tinggi.

Dalam masa memberi peluang kepada mereka untuk melihat bahan koleksi kreatif sempat kita berbual dengan pengetua pertubuhan pusat penjagaan tersebut. Dia menceritakan, anak-anak yatim tersebut berasal dari pelbagai negeri, dari segi pemikiran pun agak perlahan berbanding remaja di luar dan majoritinya datang dari keluarga yang sukar dikesan. Sedihkan!

Mereka2 ini banyak yang di hantar oleh pihak polis dan ditempatkan di situ. Allahuakhbar, tersentap kita seketika bila mendengar kisah kehidupan mereka. Ada dikalangan mereka mencecah usia 19 tahun baru belajar membaca dan menulis.

Sepanjang kita membawa lawatan semalam, walaupun mereka berlatar belakangkan kurangnya pendidikan tapi kebanyakan masih punya sikap ingin tahu. Lawaknya dalam banyak2 soalan, ada soalan cepu emas 'Puan suka pakai baju kurung tak?'...hahaha





Sebagai manusia biasa kita rasa tersentuh bila mendengar kisah mereka tapi itulah kehidupan manusia. Nasib seseorang yang belum tentu, segalanya adalah ketentuanNya. Apa pun mereka masih bernasib baik kerana masih ada tempat untuk berlindung.

Harapan kita biar pun perbezaan warna kulit, berlaian bangsa dan agama rasa simpati sesama insan tetap ada dalam sanubari. Moga mereka terus maju dan berjaya dalam hidup...

No comments:

Post a Comment