Nuffnang

Monday, March 5, 2012

CUTI SAKIT




Salam pagi isnin semua. Harap hari isnin menjanjikan mood ceria dan berkobar2 untuk memulakan kerja.


Kita dekat rumah merehatkan diri. Kenapa? Kita cuti sakit hari nih. Malam tadi sebelum tido pukul 11.30mlm dah keluarkan baju untuk pakai ke pejabat. Mood pun penuh berkobar2 memandangkan hari isnin ada taklimat jabatan dan pagi ini kita di tugaskan untuk membawa pelawat dari Universiti Jakarta, Indonesia.


Sihat dan sakit ini ketentuan Allah, perancangan dia lagi cantik dari kita. Pukul 3.00pg kita tersedar dari tidur, aduyai sakit perut yang amat sangat. Episod pertama membuang toksik dalam perut sudah terhasil, diikuti yang kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan seterusnya sehingga subuh. Huh! Kita terkena keracunan makanan.


Puas kita review semula apa makanan yang kita ambil semalam. Semalam memang dapur tak berasap, ada pun sekadar buat tea O. Pagi makan roti kosong sekeping, tengahari makanan di majlis perkahwinan, petang makan mee goreng yang incik asben belikan.


Entahlah dimana silapnya, ahhh malas nak pikir. Semuanya ketentuan Allah. Kita rehat di rumah. Selepas menghantar incik asben sampai depan pintu nak ke pejabat kita online sambil menonton tv.


Tadi dah membelek buku "Bila Allah Menduga Kita" yang ditulis oleh Syed Alwi AlAtas. Baru berkesempatan untuk membacanya dari pemberian orang. Nampaknya hari ini masa dihabiskan dengan membaca buku. Sekali lalu tentang buku ini ia tentang segala kesusahan dan kesenangan yang diberikan oleh Allah adalah untuk kebaikan kita. Tidak sesekali Allah ingin menyusahkan kita sedemikian rupa tanpa sebarang rujukan dan kebaikan.


Selamat menjalankan tugas semua dengan mood paling ceria :)

2 comments: