Nuffnang

Tuesday, March 6, 2012

SOLAT TERAPI JIWA


Susah sangat ke bersolat? Tidak syak lagi, cara terbaik untuk menghindarkan diri daripada melakukan maksiat adalah dengan mengerjakan solat secara sempurna. Tiada siapa mampu mengawal kejahatan dalam diri kita selain diri sendiri yang melaksanakan dan menundukkannya.

Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang secukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda. Dalam sura al Baqarah ada menyebut " Peliharalah kamu dengan tetap dan sempurna pada waktunya solat fardu khasnya dengan taat dan khusyuk ".

Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu, solat dengan isyarat.

Kita bukannya ustazah tapi sekadar ingat mengingati, kalau terasa dengan entri ini bermakna untuk kebaikan bersama. Insyallah...

No comments:

Post a Comment