Nuffnang

Monday, May 28, 2012

JANGAN SAMPAI TERLEWAT

Salam petang ahad semua, penat juga hari ini sebab banyak menghabiskan mengemas rumah dari dalam kabinet hinggalah barang perabot. Buat bersendirian, last bila dah asthma melanda terus berhenti dan anak dara kita selesaikan semuanya. Alhamdulilah!

Alahan habuk kita nih, biasanya mengenakan mask yang sangkut pada telinga tapi kali ini guna mask yang bertali. Alahai terjatuh je! Bila dah sesak nafas anak bujang kita terus hantar ke klinik. Alhamdulilah, terima kasih dik selalu di sisi ibu dalam apa jua keadaan. Sedih, bila ingat nanti anak2 sambung pengajian kembali kita akan sunyi dan bersendirian kembali. Huh! Tak boleh layan perasaan nih...(:





Kita nak kongsi apa yang disampaikan sewaktu pagi jumaat ketika dalam surau pejabat selepas menunaikan solat Dhuha bersama salah seorang ketua jabatan. Semasa kita membuka telekung, tiba2 dia ingin berkongsi sesuatu yang mungkin boleh memberi peringatan bersama.

Ketua Jabatan saya menceritakan semalam tadi dia pergi ziarah kematian  isteri staf opismate husband dia. Biarlah kita sebut nama staf itu Ahmad sebagai contoh. Boleh gitu...:)

Hari rabu adalah merupakan hari terakhir Ahmad menjalani kehidupan sebagai penjawat awam, bermakna Ahmad mencecah usia 60 tahun. Perancangannya selepas pencen sekadar menghabiskan sisa usia dirumah bersama isteri yang bakal pencen lagi 2 bulan.

Sepanjang mereka berumahtangga cukup menyayat hati, Ahmad seorang suami yang panas baran, kaki perempuan, kaki berhutang dan macam2 lagi. Isterinya terlalu banyak bersabar dengan perangai buruknya.

Allah lebih mengetahui dan menyayangi hambaNya, tepat pagi khamis yang merupakan hari pertama Ahmad menjalani kehidupan sebagai pesara dan di pagi itu juga isterinya pergi buat selamanya ketika dalam tidur dengan tanpa apa2 pesanan.

Semuanya sudah terlewat, semasa jenazah selesai dikafankan, Ahmad menangis teresak2 di sebelah jenazah meminta ampun dan maaf atas perilakunya selama ini. Harapannya hancur berkecai untuk menghabiskan sisa hidup menjalani usia senja bersama arwah.

Hurmm...kita tak terkata apa2 hanya mampu mendengar apa yang ketua jabatan itu sampaikan pada kita. Sebak! Hanya mampu berkata 'kita sedih'.

Banyak moral yang kita dapat dari perkongsian tersebut. Hargailah pasangan masing2 semasa ada hayatnya, jangan pentingkan diri sendiri, sibuk dengan diri sendiri hingga lupa amanah yang Allah beri bahawa isteri dan anak2 adalah tanggunjawab wajib yang perlu dilaksanakan, kerap meminta maaf pada pasangan kalau membuat kesilapan lalu kita tak tahu dia dah maafkan atau sebaliknya.

Dalam dunia sekarang rasanya suami isteri hanya mampu duduk bersama hanya berapa jam dalam sehari. Itu pun bagi yang sudi. Hormatilah pasangan kita, bila perbuatan dan percakapan semua benar kita percaya pasangan sentiasa mendoakan yang baik2. Biarlah apa yang kita lakukan mendapat keredaan pasangan kita barulah rezeki yang masuk itu berkat hasilnya.

Suami adalah pendengar yang baik, bercakap secara berhemah. Jadikan isteri sebagai teman untuk mendengar luahan hatinya bukan untuk dijadikan barang bebelan, jangan jadilah isteri kita sebagai tempat dan penunjuk jalan jika kita menghadapi kesukaran sahaja. Suami juga perlu bijak mengurus rumahtangganya, kerana suami yang bijak dapat mengurus rumahtangganya dengan baik. 

Suami yang bijak juga adalah suami yang mempunyai akhlak yang baik dan tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah. Islam sangat melarang suami yang suka bernada tinggi terhadap isterinya, cakapnya yang benar sentiasa. Keluarga yang baik adalah keluarga seperti rumahku syurgaku.

Mudah2an pasangan yang masih dibuai mimpi kembali kepangkal jalan, jangan jadikan diri kita insan yang terlewat memberi kasih sayang untuk pasangan kita sendiri sebelum Allah menjemputnya kembali.


No comments:

Post a Comment