Moga jumaat esok menjanjikan sejuta kebaikan untuk semua pembaca blog kita. Al Fatihah ini saya sedekahkan buat ibu kita, Allahyarhamah Tuminah binti Kassan, abah kita. Hj Samad bin Amat, ibuku Gayah binti Amir, junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya, umat Islam yang telah kembali kerahmatullah juga tidak ketinggalan seluruh umat Islam yang ada dimukabumi ini.
Menulis dalam blog ini sekadar suka-suka bagi tujuan penyampaian kepada pembaca, sebenarnya ianya bukanlah satu perkara yang mudah, banyak perkara perlu
dipertimbangkan. Sumber, ayat quran, hadis, analogi, kisah-kisah
pengajaran, isu semasa dan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan termasuklah gambar-gambar yang kita ambil atau copy dari pihak tertentu. Namun bagi kita ia satu
pekerjaan yang cukup menyeronokkan.
Topik yang kita ingin bincangkan pada entry malam ini ialah berkisarkan tentang Amanah. Tiada kaitan dengan yang hidup atau pun sudah mati, menulis sekadar mengingatkan diri sendiri supaya tidak mudah alpa. Insyallah.
Amanah itu tersangat luas skopnya, apabila disebut tentang amanah, ramai yang
terfikir bahawa amanah itu melibatkan jawatan. Bahawa amanah itu
adalah segala-galanya tentang kita? Makan kita ialah amanah. Tidur kita
ialah amanah. Maruah kita ialah amanah. Fikiran kita ialah amanah. Jasad
kita ialah amanah. Semuanya ialah amanah!
Namun sayang sekali, kita manusia yang mudah lupa, apabila diri ini meningkat
dewasa, diri ini lupa tentang amanah yang diberikan. Diri ini dikaburi
dengan pelangi dunia sehingga jalan pulang ke syurga tidak
kelihatan lagi. Semakin jauh kita melangkah diri ini ke hadapan, pasti banyak kesilapan yang dilakukan.
Firman
Allah telah menegaskan di dalam
kitab suci Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188
yang bermaksud :
"Janganlah sebahagian
kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara
kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu
membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu
dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan
jalan dosa padahal kamu mengetahui ".
Sekarang ini boleh dikatakan kerap sangat dengan pembongkaran kes-kes
rasuah yang berlaku di agensi-agensi kerajaan.
Alangkah malangnya sekiranya rasuah berlaku kepada
pegawai-pegawai yang telah diamanahkan untuk menjaga
hak rakyat tetapi mengkhianatinya. Mereka bukan
sahaja berdosa kepada Allah subhanahua ta'ala,
bahkan mereka juga akan disoal di padang mahsyar
kerana amanah rakyat yang mereka khianati.
Betapa
malang juga, kes rasuah yang dibongkar kebanyakkan melibatkan puluhan ribu orang, mungkin ramai
yang berpendapat rasuah sudah menjadi fenomena
masyarakat yang sudah tidak dapat dielakkan, ataupun
rugi jika dilepaskan, mereka sanggup menderhaka
kepada Allah semata-mata untuk mengecap nikmat
dunia yang sedikit. Ingatlah, perbuatan rasuah
itu membawa kepada kemurkaan Allah dan juga bakal
menghancurkan masyarakat, agama dan negara.
Moga kita semua mengambil
pengajaran dari sikap berhati-hati yang ditunjukkan
oleh Khalifah Omar Abdul Aziz, akan tetapi pada
akhir zaman ini manusia tidak lagi menapis sumber
rezeki mereka, asalkan benda itu menguntungkan
mereka. Kebaikan manusia ingin cepat kaya dan
menganggap harta kekayaan sebagai matlamat penting
dalam kehidupan. Lantaran itu mereka sanggup melakukan
apa sahaja untuk mencapai matlamat masing-masing.
Sekarang ini menyaksikan masyarakat tidak lagi mengamalkan
sifat malu dalam kehidupan seharian mereka, sikap
tidak malu inilah yang mendorong berlakunya rasuah,
pecah amanah, berdusta dan pelbagai lagi. Mereka
tidak malu kepada Allah dan tidak malu kepada masyarakat untuk membuat dosa dan maksiat.
Apa yang boleh kita katakan, Alhamdulilah,
aku tenang dan bahagia 3 tahun 'berhijrah' di sini sebab
aku sudah keluar dari 'kepompong' mereka, tidak sanggup melihat kerakusan manusia dan
hari-hari yang kita lalui sungguh tidak selesa. Itu bukan life aku yah!
Sampai sekarang kita tak paham, yah tak paham! Percayalah sikap amanah itu sangat cantik untuk diri setiap individu.
amin...dan alhamdulillah...salam singgah :)
ReplyDeleteBITT...Macih....:)
ReplyDelete