Nuffnang

Thursday, June 28, 2012

Batu Layar - Keindahan Semulajadi







Salam untuk semua, dah 2 hari kita tak bersiaran disebabkan kesibukan melanda diri...huahuahua. Ayat manja2 gitu. Blekkk! Boleh caya ke? Betullah tak tipu...huahuahua. 









Masih nak bercerita tentang Batu Layar yang sering menjadi persinggahan bagi aktiviti merehatkan diri serta mempunyai banyak keunikan ditempat ini. Pantainya mempunyai pemandangan dan panorama yang amat menarik dan sentiasa menjadi lokasi untuk beristirehat.





 


Dengan warna air laut yang kebiruan diiringi dengan hembusan bayu amat mendamaikan setiap pengunjung yang berkunjung ke sini. 

 Pohon rhu dan pokok hutan yang langsung kita tidak kenali yang di tanam menyerlahkan lagi keindahan yang dimiliki amat menggamit mata untuk memandang. Ditambah dengan ombak yang memasuki celahan batu menambahkan keunikan yang terdapat di sini.









Pantai Batu Layar ini dilengkapi dengan kemudahan jalan yang berturap memudahkan pengunjung unutk hadir ke sini disamping beberapa kemudahan asas yang lain seperti surau, tandas, dewan, chalet, pondok rehat, gerai makanan dan minuman ringan. Pantai ini juga disediakan satu kawasan lapang untuk aktiviti perkhemahan.

Bagi yang sudah sampai ke Kota Tinggi rugi kalau tidak berkunjung kesini. Best wooo!


No comments:

Post a Comment