Nuffnang

Friday, June 8, 2012

Kalau Itu TakdirNya

Alhamdulilah, syukur dengan apa yang kita lakukan pagi tadi. Selesai sudah kita menjalani interview, totally bolehlah menjawab.  Yah! Mesti kena yakin boleh pada diri sendiri...huhuhu





Apapun kita sudah berusaha yang terbaik, penat bersengkang mata mentelaah pelbagai jenis buku dalam seminggu nih. Mulut kita je cakap tak membaca langsung bila orang bertanya. Eh! Takkan kita nak menunjuk-nunjuk iya tak? Merendah diri itulah satu kesempurnaan bagi kita....huhuhu. 





Jangan tak tahu buku Perintah Am kita baca 2x, buku-buku tulisan NC Mengangkasa  Pengajian Tinggi, Menjayakan Tranformasi, Lestari Minda dan Pengetahuan Am berkaitan Perpustakaan abis telahku khatamkan. Lawaknya yang ditanya berapa kerat je tapi kita berpuashati yang penting berusaha untuk kebaikan. Allah lagi tahu akan hambaNya yang rajin berusaha.

Sangat2 berterima kasih kat adik kita yang sedang mengerjakan umrah di Arab Saudi sanggup mendoakan kita untuk interview. Alhamdulilah! Syukur.




Sekarang nih kita letakkan segalaNya pada Allah, kalau atas izin dia menyebelahi pihak kita, insyallah itu yang terbaik tapi kalau sebaliknya mesti ada hikmah yang kita tak nampak. Hidup mesti kena berlapang dada, opsss! bukan tunjuk dada kat orang yah...huhuhu





Tunggulah dalam 2 minggu keputusan yang bakal kita terima. Tapi kita sudah dapat menduga siapakah calon yang berjaya. Gerakhati kita dah boleh membaca tapi biarlah rahsia. Rahsia hati yah!...huhuhu



2 comments:

  1. Kalau tak berjaya anggap saja belum ada rezeki. Insyaallah masanya sampai juga satu masa nanti...

    ReplyDelete
  2. Mie...Yeah! that correct, kita pun merasakan begitu!

    ReplyDelete