Selamat malam semua, kita bersiaran malam nih. Sehari blog ini sunyi tanpa posting entri tapi Alhamdulilah ada juga yang sudi berkunjung dalam blog ini dengan membaca entri yang telah lepas. Terima kasih semua.
Kali ini kita sedang bercuti di Batu Layar, Kota Tinggi bercuti seisi keluarga bagi memenuhi permintaan anak bujang kita yang mahu menginap di sini. Layannnn! hihihi
Bertolak seawal jam 10.00pg dari Johor Bahru dengan menaiki kenderaan sendiri dengan melalui jalan biasa memandangkan kami nak ke bandar Kota Tinggi untuk mencari makanan eksotik.
Yah! Sedap tuh. Apa dia makanan yang kita nak makan tuh, kena tunggu entri akan datang...hihihi
Akhirnya selesai urusan di bandar Kota Tinggi, kita meneruskan perjalanan ke Batu Layar dan menginap di Batu Layar Beach Resort yang telah kita tempah seminggu awal dari tarikh menginap.
Wow! Cantik rupanya Batu Layar nih, ramai pengunjung dan merupakan satu lokasi kaki menembak (photographer). Buktinya semalam kita nampak sewaktu di sana termasuk kita sendiri...hukhukhuk
No comments:
Post a Comment