Alhamdulilah bertemu kembali dalam blog kita, ayat macam ramai je follower. Perasannya haku...muahaha. Tak kisahlah janji kita boleh menulis.
Tiba2 malam nih cik Som nak cite tentang batu giling. Tampo2 pipi kiri kanan macam mengigaukah? Jauh tul topik kali nih...hihihi.
Kita nak tanya siapa yang penah guna batu giling? Angkatlah kaki. Opsss! tangan eh! hikhikhik. Kita mula menggunakannya dari tahun 1970-1980an. Ceh! ayat macam kita yang dok mengiling. Tipu tul! Tengok orang mengiling adalah...hihihi
Bagi yang tak tahu moh sini cik Som terangkan sikit. Batu giling digunakan
bagi menggiling cili kering untuk membuat sambal tumis dan asam pedas.
Batu giling juga digunakan untuk menggiling rempah untuk masakan kari
seperti jintan kasar, jintan halus dan ketumbar.
Selalunya menggiling cili tangan akan berasa pijar, untuk
menghilangkan pijar menurut kata orang-orang tua letakkan tangan ke
dalam tong beras. Kalau kita confirm tak hilang pun pijar sebenarnya. Betulkah? hihihi
Terus terang kerja menggiling cili
adalah kerja yang paling kita tidak suka. Eiii! Susahlah, asyik terpelanting je segala bahan yang ada atas batu giling. Leceh! hahaha
Kita berkesempatan menggunakan batu giling untuk sekejap sahaja, adalah dalam 2-3 kali. Tak nak gunalah, susah...hihihi. Kat pasaran semua dah ada, cuma yang membezakan adalah pengalaman.
Anak generasi sekarang hanya melihat batu giling di galerium. Hah! Dekat rumah kita ada 2 set sekadar hiasan :)
Nk jual x batu giling nie?? Sy nk beli boleh?? Berapa saiz die?? Pm sy 0146370051
ReplyDeleteAda
DeleteNk jual x batu giling nie?? Sy nk beli boleh?? Berapa saiz die?? Pm sy 0146370051
ReplyDeleteBatu giling ada yg untuk dijual ? Sy ingin membelinya.. prefer yg besar Pm me 0178901691 tq
ReplyDelete