Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) boleh menyemak status permohonan mereka mulai 12 tengah hari
esok.
Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar UTM dalam
kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata calon boleh menyemak status
permohonan dan mencetak surat tawaran itu di laman web rasmi iaitu UTM
www.jpt.utm.my.
Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan
tawaran dalam tempoh tujuh hari selepas surat tawaran rasmi dikeluarkan dan
pengesahan boleh dibuat melalui laman web yang sama.
Menurut kenyataan tersebut, tarikh pendaftaran pelajar baru
ke Program Sarjana Muda UTM ialah pada 2 Sept di Kampus UTM, Johor Baharu dan
Kampus UTM Kuala Lumpur.
Manakala bagi calon yang tidak berjaya pula mereka boleh
membuat rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan
rasmi dikeluarkan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.
Katanya jika tiada sebarang tawaran yang diterima daripada UTM sehingga 30 September ini, rayuan tersebut dianggap tidak berjaya. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Unit Kemasukan dan Rekod, Pejabat Pendaftar, UTM melalui e-mel azhara//upu.mohe.gov.my, http://jpt.uum.edu.my, http://jpt.unimas.edu.my dan http://jpt.ums.edu.my.

Status permohonan juga boleh diketahui melalui sistem
pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT (No. Kad Pengenalan) dan hantarkan ke
15888.
Untuk sesi kemasukan ekademik 2012/2013 kali ini, UTM turut
menawarkan dua kursus pengajian baru iaitu Sarjana Kejuruteraan (Nuklear) dan
Sarjana Muda Sains Seni Bina.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment