Nuffnang

Sunday, July 29, 2012

Kebaikan Sayur Salad

Alhamdulilah!

Bersua kembali semua di entri kali ini dan selamat berpuasa semua.

Hari ini kita nak cerita pasal kebaikan daun salad dalam amalan diet. Wah! Dah macam pakar pemakanan mak! wakaka. Kita yakin ramai antara kita yang sedang berdiet atau tengah plan nak dietkan,  especially kaum pompuan. So pada entry kali nih kita nak citer pasal kebaikan daun salad.

Daun salad nih ada pelbagai spesis
dari rupabentuk hingga warnanya. Hidangan salad campuran atau menjadikan seperti ulaman menjadi pilihan mereka yang menjaga berat badan malah ia semakin mendapat perhatian kerana ramai sedar ia mempunyai banyak kebaikan. Selain membantu mengurangkan paras kolesterol dan sembelit, pengambilan salad setiap hari mampu membekalkan mikro nutrien yang diperlukan badan.
 







Salad antara sayur yang menjadi kegemaran ramai orang terutama dalam hidangan nasi ayam. Woahhh! Nyum2 nasi ayam tuh! kehkehkeh

Kebaikan mengambil salad ialah dapat meningkatkan jumlah pengambilan serat dan membantu mengurangkan paras kolesterol juga sembelit. Tapi bagusnya kalau mengambil salad hijau, perut akan terasa lebih cepat kenyang sekaligus menurunkan berat badan.









Salad hijau memberi kesan yang baik pada penghadaman. Ini kerana sayuran ini kaya nutrien seperti vitamin A, asid folik, fiber, magnesium, potasium dan fosforus membuatkan perut terasa lebih kenyang sekali gus menurunkan berat badan.

Selain itu sayuran ini juga mengandungi beta karotin yang baik untuk sistem imunisasi dan mencegah kanser. Memakan sayur-sayuran setiap hari menjadikan badan lebih beralkali. Ini kerana jika kandungan asid terlalu tinggi dalam badan, penyakit akan mudah singgah dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Bagi mereka yang mengalami gangguan tidur atau insomnia salad boleh menjadi penawarnya.
 



Hah! Jangan terkejut pokok yang ada dalam air seperti di atas merupakan spesis salad :)





Daun salad bukan saja digemari oleh mereka yang mengamalkan diet malah mempunyai pelbagai kebaikan lain. Ianya kaya dengan kalsium, magnesium, potasium, fosforus, sodium, vitamin A dan C, zat besi dan zink. Gabungan kandungan di atas menjadikannya sebagai sejenis kompaun iaitu Lactucarium.

Dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh main bantai saja ikut nafsu lapar. Tambah2 apabila kita telah menginjak usia, bermula usia 40-an jadinya amalkan pengambilan makan sihat se awal usia muda.


No comments:

Post a Comment