Nuffnang

Sunday, July 15, 2012

London - Red Bus

Syukur Alhamdulilah.

Vroooom! Vrooom! Jom naik bas...hihihi. Kita sering terserempak dengan bus 2 tingkat berwarna merah yang menjadi ikon kebangaan kota London sewaktu di sana. Namun perkembangan sejarah bas ini telah berubah sejak dari ia mula digunakan sehingga sekarang.

Pada tahun 1902, perubahan telah berlaku seiring dengan kemajuan yang dicapai. Kuda telah diketepikan,boleh rehatkan diri wahaiencek kuda...hikhikhik











Maka bermula sejarah perkhidmatan bus ini yang lebih popular dengan panggilan Red Bus. Apa yang boleh dipelajari oleh negara kita Malaysia, kesemua pengangkutan awam bagi penduduk London diuruskan dan diselia oleh satu badan dikenali London Transport. 

Hanya sekeping tiket atau pass bulanan (oyster card) sahaja digunakan untuk menaiki bus dan tube tanpa perlu membayar dan mendapatkan tiket lain. Lagipun jalinan perjalanan mereka bersambung di antara satu sama lain 









Perubahan reka bentuk Red Bus ini telah melalui proses pemodenan sejak dari dulu lagi hingga sekarang. Namun bus yang asal masih dikekalkan untuk laluan tertentu sebagai satu tarikan kepada pelancong yang ingin merasainya.


Sekarang red bus yang digunakan begitu moden seiring dengan kemajuan teknologinya bagi menampung permintaan di kota london . Perkhidmatan yang disediakan yang memuaskan hati pengguna dengan kekerapannya menyebabkan penduduk kota London menjadikan ia sebagai kenderaan utama ke destinasi yang hendak dituju. Mereka lebih suka menggunakannya ke tempat kerja . Mereka hanya menggunakan kereta apabila perlu.








Lagi pun, utk memasuki kota London, "fees" sebanyak 5 pound sehari dikenakan ke atas kenderaan persendirian semasa "peak hour"

Bagi pelancong yang ingin menikmati panorama kota London, mereka boleh menaiki "Tour Buses" yang terbuka bumbungnya di atas dengan bayaran 24 pound kalau tak salah untuk sehari. Bus ini akan melalui kesemua tempat tumpuan pelancong di kota London. Kalau rasa nak berhenti di situ, silakan. Kemudian boleh menyambung semula perjalanan dengan "tour buses" yang lain.

Memang seronok naik bus ni ronda2 lota London. Bayar 1 day pass, naiklah tube atau bas nih selagi tak termuntah...kahkahkah


No comments:

Post a Comment