Nuffnang

Sunday, July 8, 2012

Mamat Muka Mintak Penampo

Tadi kita pergilah jemputan majlis perkahwinan kawan adik kita di Taman Desa Cemerlang waktu tengahari. Mengejar masa sebab dah berjanji dengan kakak kita kat sana. Belezup kita drive keta dengan cuaca hujan lebat. Kejap kabur, kejap terang pandangan. Keluar tol Senai-Ulu Tiram nampak lampu penanda aras minyak dah menyala.

Kita terus belok stesen minyak Petronas Taman Desa Cemerlang. Memandangkan point dalam kad Mesra Petronas banyak jadinya kita nak tebus dengan mengantikan kepada petrol.






Nak jadikan cerita kita ke kaunter cakaplah saya nak tuang minyak melalui tebus point. Si mamat dekat kaunter tu arahkan kita slide kad terus pada pump. Kita pun buatlah, tup2 mesin tak boleh baca, mungkin ada masalah teknikal atau pun mesin tak mesra langsung...hahaha. Sabo jeklah.

Balik semula kekaunter cakap tak boleh. Bila dah tak boleh dia arahkan kita pergi lagi sekali lagi buat perkara yang serupa. Dah macam bongok plak kita nih. Hasilnya serupa tak boleh juga.





Kita berpatah balik kekaunter, terus cakap tak payah tebus point nak bayar cash.  Bayarlah dengan nilai yang kita kehendaki. Balik semula ke pump dan tuang minyak. Dalam masa mencucuhkan gun, datang atendan pump terus sambung. Kita terus masuk dalam kereta. Atendan pump ketuk kereta suruh jalan, bila kita toleh dekat jumlah RM tidak seperti yang sudah kita bayar, kurang RM10. Bila tanya dengan atendan pam kenapa kurang RM10 walhal kita bayar dengan nilai yang sepatutnya. Dia jawab itulah nilai yang awak bayar. Uitsss! Kita dah bayar sepatutnya tapi kurang RM10.00.

Grrrrr! Macam nak bagi penampo je kat  budak kaunter tuh sebab tak jujur boleh menipu customer. Itu dapat customer yang macam kita kira memastikan jumlah RM yang dituang. Kalau kena customer yang harap atentan pump main tuang terus jalan. Kenyanglah budak kaunter tuh.





Kita terus tegur mamat bongok tuh supaya tekan semula RM10.00 supaya kita boleh isi minyak lagi. Kita terus cakap ' 'Dah lama buat keja?' Sepatah perkataan dia tak berani menjawab.  

Kita peliklah dengan orang yang muka selamba suka2 ambil hak orang tak kiralah duit, makanan dan sebagainya tanpa ada rasa bersalah dalam diri. Banggalah sangat,  tak payah cakap sesiapalah kadang2 di sekeliling kita pun camtu. Dosa tu belakang kira agaknya. Humm...!

Harap2 tokey atau staf Petronas Taman Desa Cemerlang terbaca entri kita nih. Kita isi minyak jam 1.05tgh, tarikh 8 Julai 2012. Mamat kaunter tu kurus kedengking  pakai cap dikepala. Memang mamat tuh muka nak mintak penampo selayaknya...hihihi.


No comments:

Post a Comment