Nuffnang

Friday, July 6, 2012

Pantai Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu

Pukul 5 pm kami bertolak dari Kuala Kemaman menuju ke pantai Teluk Kalong kemaman adalah dalam 20 minit jugak perjalanan, dengan 4 buah kereta berkonvoi kesana. 











Bila dah sampai apa lagi terus ke agenda utama adalah mencari tempat untuk makan, memandangkan bawa orang tua biasalah abah kita...hihihi. Secara kebetulan sepupu kita yang menetap di Kemaman ada join sama jadi abah kita cukup menghormati tetamu.

Paling meriah sampai lupa nak makan segala adalah kanak2 ribena bukan setakat budak kecik, bapak budak pun sama naik jugak sebab nak memantau anak2 di pantai...hahaha. Selamat mak Temah dah tak ada anak kecil, idoklah nak berangan melahirkan anak2 yang comel. Comot mahulah kot, ada hati kunun...wakakaka (Pinjam kata2 anak2 kita...huhuhu). Eh! Apa kita merapu nih...hukhukhuk










Sambung lagi kisah di Teluk Kalong. Teluk Kalong merupakan sebuah pantai pilihan kerana keadaan pantainya yang panjang dan mendatar. Banyak aktivitidan kemudahan sediaada dan kedudukannya yang dekat dengan perkampungan juga menjadikan ia antara pantai yang selamat dan meriah. 

Di sini juga sangat sesuai untuk anda berjogging di sepanjang pantai. Tapi kalau untuk mandi-manda berjaga-jaga dengan arusnya ketika ombak & angin kuat. Mandi kat pinggir pantai sudah memadai dan semasa kita sampai bendera merah berkibar megah. 'Jangan nak mandi manda ya tuang2 dan puang2'...hikhikhik









Bagi kitalah yang 1st time kesini Pantai Telok Kalong tidak kurang indahmya berbanding dengan pantai-pantai lain di Kemaman, Terengganu. Meskipun pantai ini tidak sesuai untuk mandi-manda, tetapi ia amat sesuai untuk bersantai bersama keluarga. 

Antara kemudahan-kemudahan yang di sediakan di Pantai Telok Kalong seperti surau, gerai makan, taman permainan dan pondok-pondok untuk pengunjung beristirehat.







Semasa menikmati waktu petang di sana sambil duduk bersembang bersama family dan sepupu sempat kami makan lempeng nyiur yang di jual di cafe pantai tersebut. Perghhh! Sedap makan bersama gulai ikan panas2...huhuhu. Tiba2 terliur tingat lempeng nyiur. Johor Bahru nih mana nak cari, ingat nak buat sendirilah.



No comments:

Post a Comment