Nuffnang

Thursday, August 23, 2012

Al Fatihah Buat Mohammad Iqbal Khalid

Syukur Alhamdulilah!

Pejam celik semasa kita menaip entri ini dah masuk raya ke 4. Pagi tadi sebelum kita ke pejabat imigresen Setia Tropika sempat singgah ke pejabat untuk mengambil pasport yang tertinggal. 




Dalam masa kita berjalan untuk masuk ke pejabat terima perkhabaran yang cukup menyedihkan dimana anak kepada  opismate kita telah kembali ke rahmatullah pada petang 1 Syawal akibat kemalangan jalanraya.

Memang cukup sedih, bayangkan anak yang sedang meningkat remaja tiba2 pergi meninggalkan selama2nya. Hampir suku perjalanan hidup dia telah di habiskan bersama ibubapa, bukan mudah untuk lupa begitu sahaja. 

Kita percaya setiap dugaan dan ujian yang datang tanda Allah sayang pada kita. Menjalani liku-liku kehidupan sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah mengikut kemampuan umatNya. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih kuat. 




Kadangkala ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperolehi.

Moga roh Allahyarham Mohammad Iqbal bin Khalid ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Al Fatihah.


No comments:

Post a Comment