Nuffnang

Sunday, August 5, 2012

Al Fatihah

Alhamdulilah!

Kita telah selamat sampai rumah petang tadi dari Muar, Johor. Bertolak ke Muar malam tadi pukul 11.30mlm selepas menghadiri berbuka puasa dirumah kakak.



  
Balik ke Muar untuk menjengok mentua, dalam perjalanan sempat berhenti di R & R Machap untuk menghilangkan mengantuk. Kami sempat minum nescafe tarik dan bersembang2 berdua. Dalam tak sedar jam dah menunjukkan 12.40pg....huhuhu. Bila nak sampai kampung nih? hihihi




Giliran kita memandu pulak sebab incik asben mengantuk. Pukul 1.15pg area kawasan pekan Parit Sulong sms masuk. Rasa macam tak seronok pagi2 buta dapat sms. Berhentikan kereta tepi jalan untuk baca sms.

Allahuakhbar, terima berita sedih. Jiran sebelah rumah abah kita telah kembali kerahmatullah akibat komplikasi jantung. Al Fatihah! Buat Hj Omar bin Abu Bakar moga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Terasa sedih jugaklah sebab dah nama pun jiran sebab kita mengenali allahyarham dari zaman kanak2 ribena. Apa pun redha dengan ketentuan Allah mati itu pasti bagi setiap mahkluk Allah.



No comments:

Post a Comment