Nuffnang

Wednesday, August 8, 2012

Iftar Di Restoran Shahab Beriani House

Syukur Alhamdulilah!

Bersua kembali yah, kita biasa2 je malam nih. Ceh! hihihi. Cite bab iftar Ramadhan masing2 mesti ada yang iftar di luarkan? Masing2 ada agenda tersendiri bersama family masing-masing termasuklah kita. 




Tadi kita iftar di  Restoran Shahab Beriani House bersama incik asben dan kawan incin asben dan isteri yang bawa baby cumil. Cian wife dia makan pun pun tenang sebab baby dia demam. Gitulah orang kalau ada baby...hihihi.

Atas permintaan kawan incik asben yang nak makan nasi beriani, mungkin dia orang Sarawak suka kot makanan camni. Kita biasa2 je, ada depan mata makanlah kalau tak ada pun malas nak nyebut...huhuhu.

Masa kita sampai tinggal 2-3 meja je yang free seat, lainnya semua  dah 'reserved'. Dahsyat tul customer Restoran Shahab Beriani House nih.

10-20 Tahun dulu kalau tekak tingin nak makan nasi beriani hanya  boleh dapat pada musim orang kawin. Betul tak? Sekarang tidak lagi, restoran yang menyediakan hidangan nasi beriani kini berlambakan. Tetapi yang paling popular ialah Nasi Beriani Batu Pahat. Memang sedap, kita pun penah kesana 1-2 kali dengan family. Tapi orang ramai sangat, tak koser mak nak....huhuhu




Restoran Shahab Beriani House memang lain. Dikhabarkan pengurus restoran ini berasal dari Batu Pahat. Pertama kali menjejakkan ke Restoran ini rasanya hampir 2 tahun dahulu dengan kawan-kawan, itu pun kawan yang kenalkan inspektor Sahab nih....muahaha. Wah! Dah lama kita tak kesini...huhuhu

Nasi Berianinya yang lembut, dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk seperti beriani kambing, daging dan ayam, ada juga ayam masak merah  tapi cepat habis. Mencik tul!. Set makanan akan dilengkapi dengan papadom, kuah dalca dan acar timun.

Pukul 7.40 mlm cepat2 cabut mengejar waktu solat maghrib. Cubalah makan di sini sure tak kuciwa :)

No comments:

Post a Comment