Nuffnang

Saturday, August 11, 2012

Memilih Sunblock ?


Satu rahsia keperluan yang kita perlu bawa bila pergi kemana-manai semestinya Sunblock. Kenapa? Bagi mengelak kulit muka terdedah dengan sinaran panas terik matahari. Silap haribulan kalau nasib tak baik boleh terkena kanser kulit juga untuk mengelakkan sunburn. 


 


Boleh dikatakan setiap hari sebelum keluar rumah kita pakai sunblock. Pada mula pakai memang rasa tak selesa, rasa macam melekit je dekat muka. Tangan gatal je nak lap muka...hihihi. Lama-kelamaan sudah menjadi kebiasaan dari muka berbelak2 tambah yang pakai tudung...hihihi

Kesian kulit kita kerana tidak mendapat hak penjagaan yang sepatutnya. Jagalah kulit seawal remaja lagi. Alhamdulilah! Kita sekarang kesedaran sudah sampai, kalau nak pergi tempat yang terdedah dengan matahari nih, cepat2 pakai sunblock. Lagi-lagi kalau ke pantai  sah2 bagi free cahaya matahri tembus masuk kulit muka. Sila lah tepek sunblock di muka dan badan sekali....hihihi






Mesti kalau nak pilih sunblock pening-pening lalat sebab tak tahu mana satu yang bagus. Tambah pulak pergi farmasi, hah amik ko! Mana satu nak pilih, banyak sangat pilihan. Berlonggok-longgok jenis sunblock ada. Kalau diberi pilihan, dengan tanpa ragu-ragunya kita memilih sunblock Sunplay Sunscreen SPF 130.

 


Selain bentuknya yang comel lote,  memang sangat sesuai kalau nak bawak travel. Kita sangat berterima kasih dekat produk nih sebab setiap kali guna memang kulit kita tak akan “sunburn” dok lama-lama bawah sinaran matahari. Yang best nya sebab dia tak melekit dan tak perlu nak apply banyak kali. Kelebihan produk nih juga water proof dan tahan lama.

SUNPLAY nih paling terbaik yang kita pernah guna setakat ini. SPF dia paling tinggi sekali,  SPF 130 tu. Agak-agak mana nak dapat? Korang cari dekat farmasi mesti ada. 



No comments:

Post a Comment