Assalamualaikum semua dan terima kasih pembaca blog saya.
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan masa untuk saya berkongsi
dengan pembaca semua. Macamlah ada ramai sangat yang selalu
menjenguk blog saya nih. Perasannya haku!... Hehehe. Sebelum terlambat, saya ingin ucapkan salam hari jumaat untuk semua. Semoga hari
yang mulia ini memberi penuh keberkatan buat anda semua. InsyaAllah moga entri ini akan keluar keesokkannya.
Biasalah hari jumaat rehat yang agak panjang, kawan2 ada yang keluar shopping, balik rumah dan sebagainya, saya lepak dekat opis. Abis dah suratkhabar online kita baca, nak main games tak minat jadinya taip entri bolehlah dari saya membuta...hahaha
Tadi pagi masa on the way nak ke pejabat dengarlah ceramah dari radio IKIM tentang Surah Al-Kahfi. Surah ini sangat sesuai di baca pada hari jumaat. Sebenarnya ilmu saya sangat
cetek dan alhamdulillah dengan apa yang telah saya lalui dalam hidup
sedikit sebanyak buat saya lebih matang dan ilmu semakin lama semakin
bertambah.
Sebagai manusia di muka bumi ini, berusahalah mencari ilmu
sebanyak mungkin. Selalunya Khamis malam Jumaat semua manusia berlumba-lumba
baca surah tersebut. Owh! Ilmu baru yang saya baru belajar walaupun sambil memandu kereta ke opis. Alhamdulilah bertambah sket ilmu...huhuhu
Tapi apa yang lebih afdalnya bacalah surah Al-Kahfi? Saya pun mengoogle apa hikmah
baca surah al Kahfi sebenarnya pada malam Jumaat? Sebaik-baiknya
amalkan membaca surah Al- Kahfi.
Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
Allah akan mengampuni dosa-dosanya sehingga jumaat akan datang dan
melebihi tiga hari. Dengan membaca surah ini pada malam jumaat
sebelum tidur, Allah akan jadikannya seorang yang sentiasa bersyukur ke
atas nikmat-nikmatnya.
Allah Ta’ala akan
berikan kepadanya cahaya di antara langit dan bumi serta dilindungi dari
fitnah. Diberikan kepadanya satu cahaya di
antaranya dan di atara Mekah. Barangsiapa menulis surah ini, kemudian
diletakkan di dalam botol atau bekas kaca. Setelah itu disimpan di dalam
rumahnya, Insyallah terpelihara dari kefakiran.
Subhanallah, hebatnya surah Al- Kahfi.
No comments:
Post a Comment