Nuffnang

Sunday, April 7, 2013

Kerinduan Insan Bernama Abil Fikri

Selamat tengahari sabtu untuk pembaca blog saya, Alhamdulilah moga kita memperoleh seribu kebaikan dan meninggalkan kejahatan biarpun sekecil zarah sekali pun....:)

Malam tadi sempat kami bersembang dengan anak dara saya mengenai Abil seorang suami yang boleh saya katakan sejuta dalam satu mempunyai hati yang begitu ikhlas dan murni dalam rumahtangganya. Kami buka blog dia malam tadi, tengok2 uwaaaa dah update si Abil nih. Bila dah baca abis, adik dia yang terjah dan posting entri...huhuhu. 

Bergenang airmata saya dan anak bila tengok dia tido atas katil arwah, mungkin itu cara untuk melepaskan kerinduan agaknya. Untungnya kalau jadi arwah Gee, suami setia sehingga hujung nyawa. Pergi untuk selamanya dengan perasaan tenang tanpa membawa kesedihan. 

Alhamdulilah saya tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka. Ikhlas dari hati saya yang jujur, saya rasa irihati. Hurmm! Ada tuh isteri dapatkan rawatan di bilik kecemasan, suami sanggup meninggalkan walaupun isteri yang dalam kesakitan dengan pelbagai alasan demi wanita lain. Agak2lah wajarkah dinamakan suami sebegitu? Tapi saya percaya jauh disudut hati isterinya tidak menghalalkan perjalanan hidupnya diperlakukan sebegitu...:)

Nak baca tak apa yang adik-beradik Abil tulis dalam entri dia. Notty, adik2 dia...hihihi. Itu tandanya adik-adik dia sangat prihatin sebagaimana abang dengan isterinya. Jom kita baca sekarang.

Alhamdulilah! Majlis tahlil untuk 3 hari sudah pun selesai. Rumah yang dipenuhi dengan sanak saudara dan juga rakan rakan semua telah kembali senyap. Masing masing meneruskan kehidupan yang sendiri. 

Tinggallah Abil keseorangan. Ohh! Lupa nak perkenalkan diri. Entry hari ini tidak diupdate oleh abg abil tapi di update oleh kami, adik beradiknya. Abang Abil telah diculik oleh rakan-rakannya bermain futsal, sebab tak mau dia kemurungan dan dilanda kesedihan. 

So far, Abang Abil secara zahirnya mmg nampak okay. Nampak sangat tenang dan masih banyak bercakap, rajin mengusik dan bergurau. Tapi dari riak wajahnya kami tau dia masih bersedih dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian tanpa Arwah Kak Gee.

Tak perlu nak cakap banyak banyakkan. Nanti overshadow blog owner pulakkan. Kita tengok gambar lah yer, sebab gambar menceritakan segalanya, luahan zahir dan batin.



Ini gambar malam pertama selepas permergian Kak Gee



Gambar siang tadi

Cukup sampai sini saja entry ini. Ini pun curi curi buat entry. Kita bagilah masa untuk Abg Abil bertenang dan menyesuaikan diri dengan keadaan baru. sama sama lah kita berdoa yer.

Bagi yang ingin melayari blg Abil sila klik abil4fauziah. Marilah kita sedekah Al Fatihah buat Gee.

No comments:

Post a Comment