Selamat malam semua dan terima kasih pembaca blog saya.
Firstly, Alhamdulillah.
Barisan Nasional telah diberi mandat untuk terus mentadbir negara. Kini
tiba masanya kita ketepikan perbezaan politik dan bersatu untuk maju
bersama demi Malaysia yang tercinta. Inilah kata-kata yang saya pinjam dari mulut seorang Perdana Menteri Malaysia.
Bukan disebabkan saya rasa seronok kerana menang atau susah hati kerana kalah dalam PRU13 kali ini.
Menang dan kalah adat bertanding serta ketentuan Allah. Siapa yang
bertanding tak mahukan kemenangan.
Antaranya saya mengambil masa meneliti kebanyakan
tulisan-tulisan berkaitan politik masih di tahap “low class” ibarat
“teruna kampung baru nak galak!” baik semasa berkempen ataupun sesudah
pilihanraya berakhir.
Saya perhatikan tulisan-tulisan masih di
tahap yang sama, ada kalangan mereka
berpendidikan tinggi hingga peringkat doktor falsafah tetapi idea dan
tulisannya tidak melambangkan tahap pendidikannya. Sepatutnya
orang-orang beginilah kita harapkan untuk menumpang ilmu dan buah
fikirannya bagi menyatukan ummah serta menaikkan martabat agama dan
bangsa. Sebaliknya orang-orang begini lebih teruk dari budak-budak tahap darjah enam!
Bila semua ini berterusan, bermakna tahap kefahaman dan
permainan politik masih tidak berubah tanpa menginsafi bahawa nasib dan
maruah bangsa akan merudum ke tahap lebih rendah mungkin sebelum kita
pergi menemui Ilahi! Sedih bila tengok ada segelintir masyarakat yang masih di takuk lama.
Kita seharusnya mengambil iktibar dari
situasi terkini serta berusaha bersungguh-sungguh mencari jalan
penyelesaian, bukannya terus sabotaj mana-mana pihak. Kita
tentunya akan diseranah oleh generasi akan datang jika nasib dan
kehidupan mereka terhimpit serta tertindas akibat dari apa yang kita
lakukan hari ini. Percayalah!
Takkan Melayu hilang di dunia! Jom
bersihkan hati celik hati reset minda dan betulkan akidah, perbaiki
ibadah dan indahkan akhlak sesama Islamiah. Harus bersyukur atas nikmat iman
dan katakan selamat tinggal kepada kejahilan, kedegilan, alasan, dan hiburan tahap melampau. Semoga kita
mendapat rahmat Allah dengan ketaatan kita. Sebarkan kasih sayang dan
kesyukuran.
Ah JM suka statement yg last tu coz selalu dgr dr mulut prof muhaya heeeee
ReplyDeleteWh gamabar2 kak CT nampak sporting patutlah awek muda sweet jea
Hambooooiiii nko punya statement JM. Akak muda? hahaha. Really dah tua, anak2 dah remaja semua cuma bila diri kita rasa gembira jadi dalaman dan luaran menunjukkan segalanya.
ReplyDelete