Apa khabar semua pembaca blog saya, terima kasih ya sudi melayari kesini. Wah!..Pantasnya masa
berlalu dan sekarang kita dah nak masuk bulan Jun 2013, ini bermaknanya sudah hampir separuh perjalanan kita untuk tahun ini...huhuhu
Beberapa hari nih blog saya akan sunyi tapi saya cuba menaip juga, insyallah. Saya akan bercuti ke Hatyai dan Songkla, Thailand. Saya rasa semua rakan blogger dan pembaca semua dah pernah ke sana kan?
Hampir 2 minggu menyuarakan hasrat untuk ke sana. Ada sesiapa yang nak pergi Hatyai dan Songkla
tak? Pergi pun sesaja
merasai pengalaman dan merasai nikmat ciptaan Allah.
Seperti biasa sebelum melancong ke satu-satu destinasi saya akan survey dulu tempat-tempat menarik dan untuk bershopping.
Selalunya tempat menjadi tumpuan :
HATYAI
1. Pasar Terapung (Floating Market)
2. ICEDOME
3. Tempat menjual produk kesihatan dari pelbagai herba dan madu lebah hutan
4. Pusat membeli belah dan Night Market
5. Pusat Sutera Tulin Thailand
6. Perkampungan Gajah untuk menaiki gajah mengelilingi perkampungan gajah
7. Menikmati makanan thai yang menyelerakan di Medan Selera dan buah-buahan Thailand yang lazat di Pasar Basah
SONGKLA
1. Pusat Aquarium Songkla
2. Pantai Samila - Lagenda Ikan Duyung
3. Menaiki Kereta Kabel
4. Membeli pelbagai produk cendera hati dan kraf tangan di bandar Songkla
5. Menikmati jamuan makan tengahhari masakan panas Thai satu kali di sebuah Restoran di bandar Songkla
Makanan halal juga tidak perlu risau kerana terdapat banyak kedai dan gerai yang menjual juadah untuk muslim travel. Doa-doakan keadaan di sana selamat moga tak ada kejadian susulan daripada kejadian pengeboman yang berlaku sebelum ini...huhuhu. Takut!
Detail entri menyusul selepas saya balik bercuti dari sana ya pembaca semua. Kita jumpa next entry. Lebiuuu!
Teruslah ke Krabi, dah tak jauh tu CT...
ReplyDeletebest nyer..bertambah lagi pic travel akk kt sebelah ni..hehe..mg slamat pg dan balik yer..ins'a..
ReplyDeleteKak CT,
ReplyDeleteJgn tinggalkan daku..hihih
JM dah sampai Hatyai tp tidak ke Songkla..Semoga selamat pergi dan balik..nanti leh update experience kat CT kat sana pulak...
Mie....uwaaaa x sempat2..banyak sgt nak pegi...huhuhu. Insyallah...:)
ReplyDeleteUmmu Syifa...tkasih..insyallah :)
ReplyDeletejarimanis...dtg skrg akk tunggu...huaaaaaa...Songkla cantik, kat sini pusat akademik dan pentadbiran di Thailand....ada pantai namanya Samila Beach, boleh jumpa si duyung...huhuhu..nnt akk cite eh..
ReplyDelete