Nuffnang

Saturday, June 15, 2013

Amanah Allah Kepada Lelaki Berstatus Suami

Selamat tengahari semua, rehat yang agak panjang lagi pun tak ada xtbt yang memerlukan saya keluar pejabat so ada baiknya berkongsi ilmu dari hasil pembacaan sebentar tadi pada pembaca blog saya semua. 




Hurmm! Sekurang-kurangnya yang tak tahu, yang buat-buat tak tahu atau tahu bolehlah ambil tahu di sini....:)

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)," - Riwayat Muslim

Justeru, suami wajib melaksanakan amanah dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar yang baik terhadap isteri dengan didikan agama dan pengajaran yang baik.

Suami seperti imam bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Kejayaan suami hanya terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya selaku ketua keluarga dengan baik dan bijak.

Sekiranya suami gagal melaksanakan amanah selaku ketua rumah tangga, maka takutilah ancaman Allah SWT, di ulangi balasan Allah SWT,

Justeru, marilah kita bersyukur dengan isteri yang dianugerahkan Allah kepada kita dan bersamalah kita memperbanyakkan berdoa memohon supaya Allah menganugerahkan kita isteri dan anak-anak  yang  mampu membantu kita mendekatkan diri kepada Allah SWT bukan di ambil kesempatan ke atasnya.

Menyedari keadaan itu, suami perlulah lebih serius dalam mengurus dan mentadbir rumah tangga sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Oleh sebab itu, suami perlu lebih tahu tentang ilmu agama khususnya dalam soal hukum-hukum yang berkaitan hal rumah tangga. Suami juga perlu lebih kuat iman dan takwa terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak.
Suami yang cukup ilmu pengetahuan agama dan ditambahkan dengan iman dan takwa pasti mampu membawa isterinya ke jalan syurga dengan mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Pada masa yang sama dia akan mengelak dari jalan-jalan ke neraka bagi menyelamatkan diri dan isterinya.
Suami wajib menjadi khalifah Allah atau dalam bahasa mudah menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak. Sebagai pemimpin suami ada dua peranan iaitu memastikan isteri dan anak-anak mematuhi perintah Allah. Pastikan mereka melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji. Pastikan mereka sentiasa jauh daripada melakukan dosa walaupun dosa kecil.
Peranan kedua, mengurus rumah tangga dan menyediakan keperluan hidup agar isteri dan anak tidak kebuluran. Oleh sebab itu suami perlu bekerja bagi mendapat upah yang selayaknya untuk menyara isteri dan anak-anak. Suami perlu menyediakan keperluan hidup mengikut kemampuan, maka kalau sedikit rezekinya, itulah yang wajib diberikan kepada mereka.
Saya percaya jika suami dapat memelihara amanah Allah ini dengan sebaik-baiknya, akan tercapaikan apa yang dikatakan rumah tangga bahagia, yang di dalamnya wujud rasa mawaddah dan rahmah, ada rasa kasih sayang dan saling mencintai kerana Allah. 

2 comments:

  1. Malangnya, dalam dunia canggih hari ini, para suami ramai yang terlupa, terleka dan lalai menjaga amanah tersebut. Malah ada yang muka tak malu pula mengharap lebih pada isteri melebihi tanggungjawab depa sendiri..

    ReplyDelete
  2. Saya setuju, malah ada yang mengambil kesempatan dgn pendapatan isteri yg berkerja. Mereka lupa akan tanggungjwb memberi nafkah dgn sempurna- tempat tinggal, makan minum yg sempurna, pakaian dan kebajikan ank dan isteri. Lebih buruk lg ada yg membuat 'hubungan terlarang' sanggup melakukan maksiat dgn wanita lain tanpa rasa berdosa.

    ReplyDelete