Nuffnang

Wednesday, June 26, 2013

Bertaubatlah Minta Ampun Dengan Allah

Salam untuk pembaca blog saya yang baik hati. Alhamdulilah moga kalian di berkati dengan kehidupan yang sempurna dan rezeki yang halal supaya mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Insyallah.

Sedikit masa yang saya sempat luangkan masa di Masjid Kampung Melayu, Kangkar Pulai pada malam15 Syaaban. Saya suka berjemaah di masjid tersebut  kerana keluhuran hati warga penduduk kampung tersebut. Mereka majoritinya warga emas yang telah pun bermastautin di situ puluhan tahun. 





Di situ saya cuba mengenali jemaah2 wanita yang baik budi bahasanya. Seolah-olah mereka itu arwah ibu saya. Sedihnya! Kalau mak saya masih ada mesti sesekali balik kampung, saya mesti bawak dia ke masjid untuk berjemaah bersama tapi mak saya telah pun kembali kerahmatullah 7 tahun yang lalu! ...huhuhu

Sekadar saling ingat mengingati pada bulan Syaaban yang mulia. Pengertian mengharungi gelombang kehidupan menuju kebahagiaan, kalau tak tahu atau yang tahu tapi sengaja buat tak tahu boleh paham2kan. Tidaklah asyik hilang pertimbangan diri selalu, pantang nampak betina yang 'tergedik-gedik' dan cakap sehingga boleh mencairkan nafsu. Sampaikan isteri lalu depan pun sampai tak nampak...huhuhu

Sesungguhnya pada bulan Syaaban yang penuh barakah, Allah mempunyai kekuasaan yang hebat tetapi juga mempunyai rahmat yang tidak terhingga. Bertaubatlah bagi setiap orang yang melakukan dosa maksiat. Ia wajib memohon keampunan kepada Allah dengan syarat-syarat taubat yang dinyatakan oleh ulama iaitu : 

  1. Meninggalkan dosa yang dilakukan .
  2. Menyesal atas perbuatannya.
  3. Berazam tidak mahu melakukan dosa lagi.
  4. Bercita-cita tidak akan melakukannya.
  5. Berikrar dengan taubatnya di hadapan Allah.
  6. Sekiranya merasa dosa dengan pasangan maka memohon maaf dan meminta dihalalkan.
Pintu taubat itu dibuka dengan seluas-luasnya dan diberi peluang kepadanya untuk bertaubat. Jauhkanlah diri dari suka bercakap bohong demi menutupi kelemahan diri. Allah maha mengetahui apa yang anda lakukan dari menghabui mata masyarakat. 

Istighfarlah banyak-banyak, rezeki tak berkat selagi hidup banyak bercakap bohong dan sebagainya.

2 comments:

  1. Selagi hidup pintu taubat sentiada terbuka kan..so marilah kita sentiasa bertaubat :-)..pesanan utk diri sendiri :-)

    ReplyDelete
  2. Salam kak, terima kasih di atas peringatan...

    ReplyDelete