Salam untuk semua pembaca blog saya. Sihatkah? Alhamdulilah kita sambung kembali kisah perjalanan saya ke Selatan Thailand tempohari, banyak nak cite asyik entri lain yang dtuliskan...hahaha
Lepas
refresh kat Hotel President keluar semula sebab nak ke Hatyai Floating Market.
Sebenarnya nama betul bukanlah Hatyai Floating Market tapi Klonghae Floating Market.
Agaknya susah orang Malaysia macam saya nak menyebutnya...hihihi. Terbelit2 lidah! Kawasan Klonghae Floating Market agak sedikit terkeluar dari pekan Hatyai. Kalau dari hotel memandu ambil masa lebih kurang 30-40 minit.
Aktiviti pasar nih beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 3 petang hingga malam.
Jalan untuk masuk ke Klonghae Floating Market nih macam lorong kecik. Jadi kena betul-betul tumpukan perhatian takut terlepas tapi bila dah masuk. Subhanallah ramainya orang suka ke sini. Cuba negara kita ada satu tempat yang menjadi tumpuan pelancongkan bagus?
Sebelum
nampak floating market, kawasan ni jugak ada macam pasar yang turut
menjual bermacam jenis cenderamata, makanan, minuman, permainan dan
bermacam-macam lagi.
Kalau makanannya jangan cakaplah yang pelik2. Cuma taik ayam, taik itik je tak ada di jual di situ....hahaha
Ulat, lipas, lipan, cengkerik goreng pun ada di jual. Senang cakap apa pun makan jugaaa...hahaha.
Dari
jambatan ni kami berjalan menuju ke arah macam satu pasar malam kat
seberang sana. Atas jambatan ada sekumpulan remaja Muslimat meminta
derma.
Sempat saya Gangnam Style...hahaha. Giloss atau di kategorikan tak waras ler kalau aku buat camtu...hahaha. Tepuk2 tangan je adalah....hihihi
Lepas
jalan-jalan tengok makanan yang dijual atas sampan teringin la nak
merasa. Ada meja dan bangku kayu disediakan berhadapan dengan
sampan-sampan. Mula-mula beli air kelapa yang dalam bekas tembikar dengan harga 30 Bath@ RM3.00.
Pastu kakak saya beli bubur nasi dan macam2 lagi. Kalau boleh semua dia nak try...hihihi. Bagus itulah tujuan melihat tempat orang. Kita boleh melihat dengan mata sendiri budaya, makanan dan macam-macam ragam manusia selain melihat keindahan alam ciptaan tuhan.
Cuma satu je tak berapa nak best, faktor air sungai kat situ keruh semacam. Geli sikit! Totally memang best perjalanan saya ke Klonghae Floating Markett @ Hatyai, Thailand.
Mana jambatan batu kat situ, dah runtuh ke...
ReplyDeleteBetullah tempat dan suasana dah cantik, cuma air sungai tu takbleh tahan...
jambatan batu dh runtuh dlm proses ubah suai..air tu blh swimming la..hahaha
ReplyDelete