Nuffnang

Tuesday, July 30, 2013

Dalaman Menentukan Dunia Luaran Kita

Salam 21 Ramadhan untuk semua, alahai kejapnya masa berlalu. Moga kita dapat mentarbiahkan diri dengan perkara2 yang baik dan meninggalkan perkara yang di larang olehNya.

Saya ingat lagi kata2 dari seorang ulama. Saya kongsikan bersama ya. Bila kita dapat ilmu baru atau sesuatu yang baik cuba apply pada diri kita dan keluarga bukan cari kesalahan orang atas kejahatan diri sendiri bagi menghabui mata masyarakat. 




Bila kita menjadi baik dan penuh kasih sayang maka kita akan menjadi contoh kepada keluarga dan kawan kita dan sedikit demi sedikit kita mengubah mereka. Dunia dalaman kita menentukan dunia luaran kita. Kalau kita nampak banyak berpura-pura dalam kehidupan terutama pada rakan2, masyarakat dan terutama sekali pada anak2 dan isteri ertinya kita banyak kejahatan dalam diri kita.

Mudah2an kita menjadi insan yang mulia di sisiNya sentiasa merendahkan diri dalam berkata2 kerana kita sekadar menumpang di bumiNya.

Renung2kan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment