Nuffnang

Thursday, August 15, 2013

Raya 2013

Salam untuk semua pembaca blog saya. Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua dan terima kasih yang sudi menjadi pembaca blog ini tapi yang tak berkenaan kehidupan aku tak perlulah terhegeh-hegeh. Cermin2lah diri dan hiasai diri, moga takut akan hukum Allah...lalalala


 Di Muar, kampung halaman suami


Moga aku tidak lagi melihat sebuah kehidupan Islam yang penuh dengan skandal dan kemaksiatan. Berpegang teguh pada amalan agama, bukan sekadar pandai cakap tapi tidak mengamalkan melalui perbuatannya. Pinjam kata-kata dari seorang boss yang bukan sepejabat dengan aku. Terima kasih boss selalu amik berat tentang diri aku...huhuhu

Opsss! Panjang intro mak Jemah kali ini...huhuhu. Arghhh! Sebuah cerita kehidupan yang aku dan anak2 paling benci tapi Allah pinjamkan sedikit kekuatan dariNya, itu yang buat aku jadi tenang. Subhanallah. Lupakan orang2 yang pernah menyakitkan hati kita, biarkan itu urusan mereka dengan Allah.

Sambutan raya kali ini aku berada di Muar, Johor kampung halaman sebelah pak incik. Sambutan raya kali ini biasa bagi aku. Aku bawa makanan yang sudah siap di masak dari rumah sendiri. Tajuknya bawa makanan sendiri, makan makanan sendiri...hukhukhuk. Bagi aku sambutan raya kalau masak dan makan beramai-ramai sesuatu yang memang menyeronokkan.

Hari kedua, suasana hari raya semakin bersemangat bila berada di  kampung halaman sebelah aku. Kami memasak dan makan bersama serta melayan tetamu yang datang. Pelbagai menu masakan yang di masak. Seronok!

Hari kelima, aku masuk Singapore dengan adik dan kakak serta anak-anak buah, bukan beraya tapi tajuknya jalan-jalan Singapore...huhuhu

Raya keenam aku dah mula kerja walaupun demam...huhuhu. Terima kasih banyak, kisah raya 2013 dari aku kali ini.


3 comments:

  1. salam aidlifitri
    maaf zahir n batin

    cantik kombinasi pink purple

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari JM yer kak CT sepanjang JM baca dan komen kt blog ni risau ada yg terguris ke mohon maaf ye

    ReplyDelete
  3. Selamat hariraya maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete