Nuffnang

Tuesday, November 12, 2013

Asam Pedas Claypot

Alhamdulilah syukur dengan nikmat yang saya perolehi hari ini, punya keluarga, dikurniakan seorang suami dan anak2, punya tempat kediaman untuk berteduh, punya pengangkutan untuk bergerak dan punya pancaindera untuk melihat kebesaran Allah. Walaupun tidak kaya seperti orang lain, memadai apa yang saya ada hari ini. Kita perlu banyak bersyukur. 






 Semalam petang atas belas ihsan suami dia tak bagi saya masak, tajuknya dapur tak berasap. Dah beli beras Faiza Herba Taj Mahal belum di masak2 lagi. Bila? Gelak beso jawapannya...hahaha. 

Kehidupan kami agak sempoi memandangkan anak2 semua tidak tinggal bersama kami kerana melanjutkan pengajian, makanya tinggal kami berdua. Masing2 bz dengan kerja, bila petang kami berdua akan kemana2 tempat makan yang kami rasakan sedap.






Ini bermakna bukannya dapur terus tak berasap. Actually pak incik dan anak2 suka makanan dari airtangan saya sendiri tapi kalau dah berdua kadang2 macam tak berbaloi kalau nak memasak. Bajet lagi tinggi ada baiknya beli yang sudah sedia depan mata.

 



Semalam petang saya makan di Asam Pedas Claypot. Perghhh! Memang terbaik, lebih2 lagi pak incik dia suka makan di situ berbanding dengan anak2 saya. Mereka lebih suka asam pedas masakan saya...huhuhu

Bagi yang tinggal di Skudai bolehlah datang ke Student Mall, UTM untuk makan asam pedas di Asam Pedas Claypot.


2 comments:

  1. Tapi kan.. asam pedas Parit Jawa tetap jadi idaman... mcm sedap je... mcm best je... hehe

    Minggu ni turun JB... anak sedara kawen kat Pulai Indah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opkos! Btl la asam pedas parit Jawa terbaik. Uitsss Pulai Indah? Nk pelawa dtg rumah tapi sy di Kuala Kangsar dari jumaat smpi ahad...

      Delete