Nuffnang

Friday, November 8, 2013

Forum Perdana @ Kompleks Islam Johor

Selamat datang ke blog kita.

Malam tadi kita pergi mendengar ceramah Forum Perdana di Kompleks Islam secara live yang ke udara di tv1 RTM. 1st rakaman secara live yang ke udara malam tadi dan rakaman ke 2 tayangan untuk coming soon. 






Sampai selepas solat maghrib kemudian ke masjid Sultan Abu Bakar terlebih dahulu untuk menunaikan solat isyak. Selesai barulah terus ke Kompleks Islam. Alhamdulilah rezeki dapat juga sedikit ilmu bagi orang yang seperti saya nih.

Antara kata-kata yang masih berkesan di hati saya melalui ceramah Datuk Nooh Gadut. " Selepas ceramah ini saya akan berangkat ke kampung saya di Segamat. Saya dikhabarkan mayat masih utuh walaupun sudah 7-11 tahun dikebumikan."  Subhanallah saya hanya mampu berkata dalam hati, itu petanda Allah nak tunjuk pada hambaNya supaya kita semua kena berbuat baik semasa di dunia.






Keduanya, 10 orang yang sukar hendak mengucap 2 kalimah syahadah ketika hendak kembali ke alam barzah. Apa yang saya ingat, mereka yang melakukan maksiat, melakukan solat dan membaca alquran tapi tetap melakukan maksiat, tidak bersolat, menjauhi alquran, tidak berbakti dengan orang tua, perkelahian sesama adik beradik dihadapan orang tua dan ada beberapa lagi. Nauzubillah mintak2 anak saya tidak sebegini.






Hurmm! Harap ada yang berkesan dihati dengan ceramah malam tadi dan sekiranya terbaca dalam entri ini, bukan sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau tak insaf juga tak tahulah...huhuhu.





Konsepnya sekarang jagalah diri masing-masing tak payah nak cerita dan mengadu domba hal orang. Kita yang dengar pun tak selesa bukan apa tak mahu terjebak sama dengan dosa. Cukup2lah dosa yang sediaada pun belum terampun. Cermin diri sendiri tengok perangai diri sendiri betul tak? Ini pun pinjam kata-kata seorang boss dekat Pejabat H yang sesekali bersembang dengan kita. Lebiu boss!

Moralnya hidup kalau tahap usia macam usia saya nih carilah bekalan akhirat. Bukan lagi mencari perkara yang tidak membawa kebaikan.

Imej anak2 itulah yang dipamerkan ibubapa masa lampau. Ingat jangan salahkan anak-anak kalau mereka ada melakukan kesilapan, kesilapan itu datang dari ibubapa yang gagal mempamerkan sikap terpuji.

Hurmm! Sama-sama kita menjaga akhlak. Renung-renungkan dan selamat beramal :)




No comments:

Post a Comment