Nuffnang

Thursday, November 7, 2013

Sejernih Sinar Matamu - Biografi Prof Dr. Muhaya

Adoooiii dah lama rasanya x menaip entri. Bz campur malas melanda diri... hihihi. Minta maaf banyak ya pembaca blog ini.

Kalau ikutkan hati nih meronta2 nak menulis entri sebanyak mungkin dalam blog ini sehinggakan anak dara saya pernah menegur " Ibu tulislah entri dalam blog sekurang2nya ada orang membaca setiap tulisan ibu, selain dapat berkongsi ilmu dengan pembaca dan dapat sedikit bekalan pahala ". Alhamdulilah Allah pinjamkan saya anak yang baik, ditegurnya saya untuk jalan kebaikan. Insyallah...



Kalau ikutkan banyak perkara yang saya nak lakukan dalam hidup ini selain mengejar kerjaya, berniaga kecil-kecilan, menulis dan melakukan aktiviti yang membuat saya gembira. Ada lagi satu impian saya tapi biarlah saya simpan dulu takut tidak terlaksana...huhuhu. Biarlah rahsiakan. Ceh! Hahaha


Mudah-mudahan moga Allah pinjamkan saya usia yang panjang, rezeki yang diberkati, diberinya kesihatan yang baik, sikap yang baik seta menjauhi kemaksiatan, tidak mengumpat keji sesama insan dan kaya dengan kerendahan diri dan berakhlak mulia. Insyallah. 

Mudah-mudahan ibu dan isteri ini menjadi wanita baik hingga ke Jannah. Saya ingat lagi dalam satu hadis yang mengatakan sebegini 'Perempuan jahat untuk orang yang jahat'. Bila berbuat baik balasannya pun baik, buat jahat balasannya jahat. Moralnya jadilah orang yang baik. Sama2lah pikir2kan lah ya...huhuhu. 

Ishhh! Bagi tunjuk nasihat pulak...huhuhu. Mengalahkan Prof Dr. Muhaya bercakap pulak...hahaha





Saya baru sahaja menghabiskan membaca buku Biografi Prof Dr. Muhaya selama 2 hari...hihihihi. Nak dikategorikan ulat buku ke saya nih sebab kalau dapat buku yang saya minat semua perkara akan saya ketepikan. Membaca tuh pilihan no. 1...hihihi. 

Burukkan perangai saya sampaikan pak incik menegur ' ibu kamu kalau dah dapat buku tak kisah nak tengok tv '...hihihi. Masa tuh pertandingan bola sepak peringkat Piala Malaysia antara Pahang vs Kelantan. Alhamdulilah saya dapat suami yang paham sikap nih, isteri dia suka menulis dan membaca :)

Saya nih kalau dikategorikan Ulat Buku rasanya belum boleh lagi, Ulat Sagu boleh kot...hahaha. Mahal uols ulat sagu dekat Sabah tau...hahaha. Suka hati aku aje kan!





Sambung lagi...hahaha. Saya nih sebenarnya cukup meminati ceramah2 dan penulisan Prof Dr Muhaya. Dia nih merupakan sumber inspirasi saya. Banyak kata2nya memotivasikan saya. Alhamdulilah Allah munculkan insan sepertinya untuk saya jadikan bahan rujukan. Subhanallah cantik rupa, berakhlak mulia, ilmu yang tinggi dan kerendahan hatinya membuat saya banyak mendekati melalui youtube, buku-buku dan ceramahnya.

Prof. Dr. Muhaya, pakar mata yang berjiwa Islam. Dari pancaran matanya, dapat dibaca keinginannya yang meluap-luap untuk membawa manusia melihat dunia ini dari pandangan mata seorang mukmin sejati, bukan pandangan duniawi yang merugikan. 

Merupakan sumber inspirasi dan semangat untuk semua golongan. Cara beliau memberi ceramah dan menegur membuatkan semua orang selesa dengannya. Tegurannya sama ada secara umum dalam seminarnya dan rancangan TV serta nasihatnya secara langsung melalui pertemuan secara peribadi, membuatkan setiap orang rasai tegurannya dengan berhemah.

Merupakan antara tokoh ilmuwan dan pendakwah wanita di Malaysia yang sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat. Namanya kini masyhur sebagai pendakwah.Sumbangan yang diberikan oleh beliau begitu besar dalam melakukan transformasi pemikiran minda yang negatif kepada positif, sentiasa bersangka baik dan berkemampuan untuk berubah. Penulis buku ini, Rozninah Abd Azib dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Prof. Dr. Muhaya sangat disenagan dikalangan rakan semasa dalam pengajian dan rakan sejawat, beliau merupakan guru dan tempat merujuk dan mencari ilmu, tidak berubah keadaan itu, walaupun sudah menjadi menjadi doktor pakar. Beliau tidak lokek untuk mengajar dan berkongsi pengalaman dengan sesiapa memandang diaseorang yang sangat positif dan baik hati.

Merupakan seorang ibu yang sangat penyayang. Sikap penyayangnya itu dipamerkan dengan sepenuh jiwanya, melalui kata-kata dan perbuatannya. Dalam masa yang sama, dialah ibu dan sahabat karib. Sikap positifnya membuatkan anak-anaknya sentiasa bersemangat menempuh apa-apa cabaran dalam kehidupan. 

Dalam masa saya membaca buku tersebut, barulah saya tahu ibu mertua Prof Dr Muhaya merupakan jiran tetangga yang sekampung dengan saya....huhuhu. Dr. Azmi suami kepada prof senior saya ketika bersekolah dulu. Subhanallah kecilnya dunia ini.

No comments:

Post a Comment