Pukul 8.59 malam hp aku berbunyi dengan spontan terus menjawab. Yeaaayy! Adik perempuan aku yang menetap di Terengganu nak datang kerumah bersama abah dan mak. Biar pun baru semalam kami bersua muka di rumah abah. Alhamdulilah gembira walaupun tiada kudapan istimewa malam tadi. Aku yang sedang online secara otomatis terus bangun masak air dan keluarkan pau frozen food dalam fridge. Pak incik terus keluar beli mee goreng buat hidangan untuk mereka.
Biar pun tiada hidangan sesedap mana tapi bagi aku hubungan serta ukhwah dalam kekeluargaan sangat penting. Kunjung mengunjung, bertegur sapa, muda menghormati yang tua sangat diutamakan. Ini semua contoh dan tauladan dalam institusi rumahtanga untuk dijadikan contoh pada aak-anak. Orang tua aku memang sentiasa mengutamakan ukhwah dalam kekeluargaan. Perkara2 sebegini telah diterapkan sejak kami kecil lagi. Jadi bila aku jumpa perkara yang lain sikit aku akan jadi pelik. Peliknyaaaa..hihihi
Sebenarnya dalam sesebuah keluarga dengan
keprihatinan, sokongan dan semangat ukhwah mengingatkan antara satu
dengan lain mengenai perkara-perkara baik dengan penuh kasih dan hikmah. Sebab tu anak2 aku selalu cakap cara ibubapa aku didik anak dia cukup respect. Alhamdulilah!
Dalam agama Islam pun menyarankan agar kita semua dapat rasakan keikhlasannya. Kerana tujuan kemesraan dalam keluarga sendiri adalah untuk sama-sama tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.
Di dalam Al-Quran selain surah Al-Asr 103:3 yang
mengingatkan supaya kita sentiasa saling mengingati dan berpesan kepada
kebenaran dengan sabar.
Namun perubahan tidak terbina dengan sekelip mata. Mungkin ada diantara ahli keluarga ini, pergi
meninggalkan kita dan tidak kembali lagi, Membuang
prasangka, memperbaiki diri dan membersihkan hati ini adalah satu proses
berterusan. Ilmu selebihnya perlu dicari
ditempat lain. Bagiamana orang dewasa masak dan berkomunikasi. Namunpenuh denga keegoan dan cepat lupa diri. Mendabik dada serta lupa akan kesusahan lalu dan terus lupa kemesraan keluarga. Sayang sekali tidak menggunakan waktu yang ada....
Fitrahnya kita semua mahu berbuat baik dalam keluarga. Keluarga yang
terdorong untuk bercakap tentang sesuatu yang lain, iaitu harta, pangkat, rupa,
lelaki atau wanita, material mahupun diri sendiri! Tambah menceritakan hal orang tanpa melihat kain sendiri yang terkoyak adalah keluarga yang gagal!
moga ikatan kekeluargaan terus utuh...
ReplyDeletesalam. salam perkenalan, pertama kali jejak disini. Ayah saya pun selalu ingatkan kami adik beradik supaya berbaik sesama adik-beradik. Alhamdulillah, kami sekeluarga begitu rapat.
ReplyDeletekalau keluarga kita datang ke rumah, seronoknyer tak terkira : )
Gambar kat atas tu kat mana yer? cantik