Nuffnang

Friday, November 15, 2013

Hidup Ini Hanya Sekali

Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini. Bolehkan? hihihi

Hari Jumaat. Sekejap lagi seawal jam 7.30 pagi saya dah bertolak ke Kuala Kangsar, Perak. Moga Allah permudahkan urusan kami atas tujuan kebaikan membantu insan2 yang tidak bernasib baik seperti kita.




Ihsan incik google


Saya menemankan adik ipar sebelah pak incik untuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kuala Kangsar atas urusan pengambilan anak angkat. Secara tak langsung saya yang teruja untuk berjumpa bayi comel perempuan yang bernama Nur Safiyya.

Rezeki kalau nak datang bergolek. 2013 rezeki ke 2 untuk adik ipar saya mendapat anak cuma bezanya berlainan bulan tarikh kelahiran mereka. Saya tak sabar nak pegang Nur Safiyya...huhuhu. Rezeki dari Allah diberinya saya peluang bersama-sama mereka kesana. Alhamdulilah saya insan yang dipilih olehNya.

Betullah hidup ini perlu berbuat baik kerana hidup ini hanya sekali. Bila kita sudah mati maka terputuslah segalanya.

Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan bahawa Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hambaNya. 

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila berbaik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepadaNya. Terutama dari segi rezeki yang datang mencurah-curah. Subhanallah.

Tuhan menciptakan segalanya memiliki hikmah yang kadangkala kita tak nampak dan tidak boleh berfikir secara baik.

Hidup yang sekali inilah perlu kita isi dengan jalan kebaikan. Insyallah.

 

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbth...

    ~Hidup di dunia ini hanya sekali.Jadilah kekasih yg baik dan berguna.Tiada yg lebih indah bagi seorang hamba selain menjadi kekasih kpd Allah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ساريده سنين

      Alhamdulilah. terima kasih Saridah dtg kes ini. Betul tuh kebaikan itulah jalan hakiki bekalan ke ahirat.

      Delete