Pagi ini saya terbaca dalam Utusan tentang perkhidmatan Tren Elektrik @ ETS Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang akan beroperasi dari Kuala Lumpur-Padang Besar akan bermula hari ini. Wah! Kelas ko nyah dah macam dekat ovesea. Sangat mengimbau kenangan 3 tahun lepas sewaktu aku semasa di UK.
Melalui apa yang aku baca perjalanan ada dua kali sehari iaitu satu perjalanan dari Kuala Lumpur-Padang Besar dan satu perjalanan dari Padang Besar-Kuala Lumpur.
Untung la orang utara, orang selatan bila la agaknya dapat peluang inikan. Insyallah adakah tuh satu hari nanti :)
Untung la orang utara, orang selatan bila la agaknya dapat peluang inikan. Insyallah adakah tuh satu hari nanti :)
Tren yang mempunyai 6 gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang dalam satu masa perjalanan. Perajalanan dari Kuala Lumpur-Padang Besar mengambil masa 4 jam 45 min dengan melalui 28 stesen. Namun ianya bersifat inter-city bukan ekspress.
Dari segi tambangnya pula dari Kuala Lumpur-Padang Besar di kenakan caj sebanyak RM81 manakala Ipoh-Butterworth RM22.
Yeahh! Aku belanja pic aku sikit sewaktu aku menaiki Eurostar dari UK-Paris 3 tahun lepas sewaktu di sana. Hope keretapi negara kita Malaysia akan setanding dengan negara-negara luar. Insyallah.
No comments:
Post a Comment